Page 126 - handbook 20142015
P. 126
Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015
MATLAMAT PROGRAM
Untuk menghasilkan graduan berkualiti yang cekap mengaplikasikan ilmu dan kemahiran geografi dan mahir mentafsir
hubungan antara ruangan serta menepati kehendak pasaran nasional dan antarabangsa.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Pada akhir program, graduan dari program Sarjana Muda Sains (Geografi) dapat:
1. Menguasai konsep dan ilmu dalam bidang geografi bagi memastikan ilmu tersebut dapat dimanfaatkan dalam
pembangunan kehidupan manusia sejagat.
2. Mempraktikkan kaedah dan kemahiran geografi untuk memudahkan kebolehpasaran graduan.
3. Mengamalkan kemahiran interpersonal secara berkesan serta melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dan
pihak berkepentingan.
4. Mempraktikkan etika kerja yang bertanggungjawab, berwibawa dan profesionalisme.
5. Memberikan penyelesaian melalui kaedah penulisan, lisan dan kerja berpasukan serta menunjukan daya kepimpinan.
6. Mengaplikasi dan mengadaptasi kaedah saintifik dalam ilmu geografi untuk menilai isu-isu pembangunan negara
selaras dengan keperluan Negara.
7. Menggunakan kemahiran ICT, GIS dan Remote Sensing untuk dijadikan landasan bagi membantu proses
pembelajaran sepanjang hayat.
8. Mempraktikkan kemahiran mengurus dan keusahawanan.
2