Page 150 - handbook 20142015
P. 150
Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015
MATLAMAT PROGRAM
Menghasilkan graduan yang berpengetahuan (kukuh) dalam statistik, berkemampuan berfikir secara kritikal dan menyelesaikan
masalah; yang berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang berkepelbagaian dan menyumbang secara
ketara dalam pelbagai bidang.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Pada akhir program, graduan dari program Sarjana Muda Sains (Statistik) dapat:
1. Menerangkan prinsip dan konsep matematik dan statistik;
2. Menggunakan prinsip matematik dan statistik untuk menyelesaikan masalah dunia nyata;
3. Mengendalikan aktiviti profesional dengan kemahiran sosial yang baik, dan menunjukkan rasa tanggungjawab;
4. Mempraktikkan ciri-ciri profesionalisme dan tanggungjawab beretika dalam menganalisis fenomena kehidupan
sebenar;
5. Berkomunikasi menggunakan pemikiran kritikal dengan konsep yang berkesan, tepat dan relevan, serta mempamerkan
kemahiran kerja berkumpulan dan kepimpinan;
6. Mentranformasikan masalah sebagai model matematik dan statistik, serta membentuk strategi saintifik untuk
mendapatkan penyelesaian;
7. Melibatkan diri dalam pembelajaran berterusan untuk memajukan pengetahuan serta pengaplikasian matematik dan
statistik;
8. Mengaplikasikan kemahiran pengurusan dan keusahawanan untuk menguruskan sumber yang diperlukan bagi
menyelesaikan sesuatu tugas.
10