Page 146 - handbook 20142015
P. 146
Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015
MATLAMAT PROGRAM
Menghasilkan graduan yang berpengetahuan (kukuh) dalam matematik komputeran dan industri, berkemampuan berfikir
secara kritikal dan menyelesaikan masalah; yang berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang
berkepelbagaian dan menyumbang secara ketara dalam pelbagai bidang.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Pada akhir program, graduan dari program Sarjana Muda Sains (Matematik Komputeran dan Industri) dapat:
1. Menerangkan prinsip dan konsep matematik dan aplikasinya;
2. Mengguna prinsip matematik untuk menyelesaikan masalah dunia nyata;
3. Mengendalikan aktiviti profesional dengan kemahiran sosial yang baik, dan menunjukkan rasa tanggungjawab;
4. Mempraktikkan ciri-ciri profesionalisme dan tanggungjawab beretika dalam bidang aplikasi bermatematik;
5. Berkomunikasi menggunakan pemikiran kritikal dengan konsep yang berkesan, tepat dan relevan;
6. Mentransformasikan masalah sebagai model matematik, dan membentuk strategi saintifik untuk mendapatkan
penyelesaian;
7. Melibatkan diri dalam pembelajaran berterusan untuk memajukan pengetahuan serta pengaplikasian matematik;
8. Mengaplikasikan kemahiran pengurusan dan keusahawanan untuk menguruskan sumber yang diperlukan bagi
menyelesaikan sesuatu tugas.
6