Page 142 - handbook 20142015
P. 142

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015




               MATLAMAT PROGRAM
               Menghasilkan  graduan  dengan  pengetahuan  matematik  yang  kukuh,  berkebolehan  berfikiran  kritikal  dan  menyelesaikan
               masalah;  dan  berkeupayaan  untuk  menyesuaikan  diri  dalam  persekitaran  yang berkepelbagaian  dan  menyumbang secara
               ketara dalam pelbagai bidang.
               HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
               Pada akhir program, graduan dari program Sarjana Muda Sains (Matematik) dapat:

               1.   Menerangkan teori matematik (tulen, gunaan dan statistik) yang merangkumi  hujah-hujah matematik, pembuktian dan
                    konsep abstrak;
               2.   Melaksanakan pengiraan matematik, menggunakan perisian matematik dan merumuskan masalah dunia nyata sebagai
                    model matematik;
               3.   Mengendalikan  aktiviti  profesional  dengan  kemahiran  sosial  yang  baik,  dan  menunjukkan  rasa  tanggungjawab  dalam
                    masyarakat;
               4.   Mempraktikkan ciri-ciri profesionalisme dan etika tanggungjawab di dalam jurusan matematik;
               5.   Berkomunikasi secara pemikiran kritikal dengan konsep  yang relevan, tepat dan berkesan;
               6.   Menganalisa, menilai masalah-masalah dan membentuk strategi untuk mendapatkan penyelesaian;
               7.   Melibatkan diri dalam pembelajaran berterusan untuk memajukan pengetahuan dan penggunaan matematik;
               8.   Menggunakan  kemahiran  pengurusan  dan  keusahawanan  dengan  menguruskan  sumber  yang  diperlukan  untuk
                    menyelesaikan tugas.





























































                                                            2
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147