Page 188 - handbook 20142015
P. 188
Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015
MATLAMAT PROGRAM
Untuk menghasilkan graduan yang:
1. Mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang Bioinformatik untuk diaplikasikan dalam pelbagai
bidang yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara dan secara am kepada kelestarian
pembangunan manusia dan persekitarannya secara beretika dan profesional.
2. Mempunyai kemahiran insaniah dan teknikal Bioinformatik dan berupaya merangka dan melaksanakan projek
serta menyelesaikan masalah secara praktikal dan efektif, serta membangunkan penyelidikan dalam bidang
Bioinformatik atau bidang-bidang yang berkaitan, contohnya bioteknologi dan juga teknologi maklumat.
3. Berkelayakan, mempunyai nilai etika dan moral yang baik, bersikap profesional dan mempunyai daya
pengurusan dan pembelajaran kendiri yang tinggi supaya dapat menyertai dan menyahut cabaran-cabaran
industri Bioinformatik yang berkembang pesat.
4. Mempunyai daya saing tinggi yang mampu meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Tinggi dalam bidang
sains hayat di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Pada akhir program Sarjana Muda Sains (Bioinformatik), graduan dapat:
1. Menguasai ilmu pengetahuan konsep Bioinformatik dan juga aspek Bioinformatik yang berkaitan dengan
pengurusan dan penggunaan maklumat.
2. Merangka dan melaksanakan projek yang berasaskan Bioinformatik dengan menggunakan kemahiran teknikal
yang sesuai supaya dapat dijalankan dengan praktikal dan efisien.
3. Mempamerkan kemahiran sosial dan bertanggungjawab terhadap masyarakat mengenai kemajuan dan
pengurusan teknologi maklumat yang berkaitan dengan data biologi.
4. Mengambilkira penggunaan dan pengurusan data biologi secara mapan, profesional dan beretika dengan
mengggunakan kemahiran dan kepakaran bidang bioinformatik.
5. Boleh menyampaikan maklumat dan berkomunikasi secara jelas dan efektif, sama ada secara lisan, bertulis
mahupun teknologi berasaskan maklumat dan multimedia, terutamanya apabila berfungsi dalam kumpulan
disamping mempamerkan kemahiran sosioperibadi yang bertanggungjawab dan produktif.
6. Menganalisa permasalahan dengan pemikiran yang kritis bagi menilai pilihan – pilihan strategik serta mampu
untuk membuat keputusan dengan bukti sokongan yang saintifik dan memberikan penilaian yang baik.
7. Mengenalpasti keperluan pembelajaran kendiri dan mengaplikasi teknologi maklumat secara aktif dalam
profesion dan mempertingkatkan pembentukan diri.
8. Menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam mengurus projek penyelidikan atau tugas
dengan menggunakan sumber dan masa secara efisien.
2