Page 192 - handbook 20142015
P. 192
Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015
SHET 3304 Biopemisahan SHET 2101 atau SHET 2105 3
SHET 3305 Bioteknologi Marin SHET 1200 3
SHET 3306 Morfogenesis Tumbuhan SHET 2108 3
SHES 1200, SHES 1201, SHES 1202,
SHET 3307 Pembiakbakaan Tumbuhan SHES 1203 dan SHES 1270 3*
SHET 3308 Pembiakbakaan Haiwan 3*
SHET 3309 Kejuruteraan Genetik Haiwan dan SHES 1200, SHES 1201, SHES 1202, 3*
Tumbuhan SHES 1203 dan SHES 1270
SHET 3310 Fisiologi dan Bioteknologi Lepas Tuai SHET 2102 dan SHET 2107 3*
(III) KURSUS ELEKTIF FAKULTI ( 10 KREDIT) [EF]
* Kursus yang ditawarkan oleh Institut/Jabatan dalam Fakulti Sains
(Sila rujuk senarai kursus Elektif Fakulti ditawarkan jabatan selain Institut Sains Biologi dalam Fakulti Sains)
* Ada Komponen Amali.
MATLAMAT PROGRAM
1. Menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang-bidang bioteknologi
untuk diaplikasikan dalam pelbagai bidang yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara dan secara
am kepada kelestarian pembangunan manusia dan persekitarannya secara beretika dan professional.
2. Menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran dalam teknik-teknik bioteknologi yang lazim digunakan dan
yang boleh merekabentuk serta membangunkan penyelidikan dalam bidang bioteknologi atau bidang-bidang
yang berkaitan.
3. Menghasilkan graduan Sains Bioteknologi yang berkelayakan, bermutu tinggi dan berfikiran luas, memiliki
pengetahuan serta kemahiran untuk menyertai industri sains hayat termasuk pertanian, perubatan, perikanan,
industri, farmaseutikal, dan yang berkebolehan untuk membangun dan melaksanakan pelbagai projek.
4. Menghasilkan graduan dalam bidang Bioteknologi yang mempunyai daya saing tinggi yang mampu
meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Tinggi dalam bidang sains hayat di mana-mana institusi pengajian
tinggi di dalam atau di luar negara.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Pada akhir program Sarjana Sarjana Muda Sains (Bioteknologi), graduan berkebolehan untuk:
1. Mengaplikasi pengetahuan kefahaman konsep dan prinsip biologi dalam mempraktik bioteknologi.
2. Mengguna pendekatan yang praktikal, selamat dan cekap untuk mempraktik bioteknologi di dalam makmal dan
tempat kerja serta menganalisa dan menilai isu dan penggunaan tepat sumber.
3. Menilai keperluan untuk menampung perkembangan alam sekitar dalam mempraktikan bioteknologi dan
kepentingan untuk tanggungjawab, peribadi, perkaitan antara sosial dan kultur.
4. Mempamerkan etika dan keperluan untuk profesionalisma dalam mempraktikkan bioteknologi.
5. Berupaya untuk berkomunikasi secara jelas dan efektif, sama ada secara lisan mahupun bertulis, terutamanya
apabila berfungsi dalam kumpulan di samping mempamerkan kemahiran sosioperibadi yang bertanggungjawab
dan produktif.
6. Mengguna, mengaplikasi dan mengamalkan kaedah saintifk dalam mempraktikkan bioteknologi serta
menghargai keperluan untuk penilaian sendiri dan peningkatan kemajuan dalam memenuhi keperluan industri
dan masyarakat.
7. Merancang dan menjalankan projek penyelidikan dalam jangka masa sesuai dan sumber optima.
8. Mempamerkan kemahiran-kemahiran mengurus dan keusahawanan yang cekap dan berkesan.
6