Page 197 - handbook 20142015
P. 197
Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015
SHES 1200, SHES 1201, SHES 1202,
SHEK 3303 Penyakit Kronik SHES 1203 dan SHES 1270 3
SHEK 3304 Penyakit Sistem Saraf Pusat SHEK 3201 3
SHEK 3305 Analisis Dadah SHES 1200, SHES 1201, SHES 1202, 2
SHES 1203 dan SHES 1270
SHEK 3306 Formulasi dan Penyedian Ubat Herba SHES 1200, SHES 1201, SHES 1202, 3
SHES 1203 dan SHES 1270
SHEK 3307 Taksonomi dan Tumbuhan Ubatan SHES 1200, SHES 1201, SHES 1202, 3
SHES 1203 dan SHES 1270
SHEK 3308 Sains Forensik Asas SHES 1200, SHES 1201, SHES 1202, 3
SHES 1203 dan SHES 1270
SHEK 3309 Genetik dan Kesihatan Manusia SHEK 2105 3
SHEK 3372 Teknik-teknik Bioasei SHES 1200, SHES 1201, SHES 1202, 2
SHES 1203 dan SHES 1270
SHEK 3373 Topik Semasa Sains Biokesihatan Khas untuk pelajar Sains Biokesihatan 3
(III) KURSUS ELEKTIF FAKULTI (10 KREDIT) [EF]
* Kursus yang ditawarkan dari Institut/Jabatan dalam Fakulti Sains
(Sila rujuk senarai kursus Elektif Fakulti ditawarkan jabatan selain Institut Sains Biologi dalam Fakulti Sains)
KREDIT MINIMUM UNTUK PENGIJAZAHAN : 125
# Pelajar perlu merujuk kepada jadual waktu pengajaran pada permulaan semester untuk maklumat tentang kursus
yang ditawarkan pada semester tersebut.
MATLAMAT PROGRAM
1. Menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang-bidang biologi untuk
diaplikasikan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan Sains Biokesihatan.
2. Menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran dalam teknik-teknik biologi yang lazim digunakan dan yang
boleh merekabentuk serta membangunkan penyelidikan dalam bidang sains biokesihatan atau bidang-bidang
yang berkaitan, contohnya bioteknologi.
3. Menghasilkan graduan dalam bidang Sains Biokesihatan yang berkelayakan, memiliki pengetahuan serta
kemahiran untuk menyertai industri farmaseutikal dan industri ubatan herba, graduan-graduan yang
berkebolehan untuk membangun dan melaksana pelbagai projek yang melibatkan herba.
4. Menghasilkan graduan yang telah menguasai konsep asas dalam pembentukan serta perkembangan penyakit
dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan. Ini untuk membolehkan graduan bekerjasama dengan pihak
hospital serta pakar-pakar kesihatan menjalani penyelidikan tentang penyakit serta masalah-masalah
kesihatan.
5. Menghasilkan graduan dalam bidang Sains Biokesihatan yang mampu meneruskan pengajian ke peringkat:
Ijazah Tinggi dalam bidang Biologi yang berkaitan dengan sains kesihatan di mana-mana institusi pengajian
tinggi di dalam atau di luar negara.
Bidang perubatan di mana-mana kolej perubatan dalam dan luar negara.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Pada akhir program Sarjana Muda Sains (Sains Biokesihatan), graduan dapat:
1. Menguasai ilmu pengetahuan menerusi kefahaman tentang konsep dan prinsip biologi, terutamanya dalam
bidang Sains Biokesihatan.
2. Mengaplikasi kemahiran teknikal / praktikal untuk mereka bentuk, membangun serta melaksana pelbagai
projek dan perundingan secara sistematik dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan kesihatan.
3. Menjalankan tanggungjawab secara telus untuk meningkatkan pengetahuan serta kesedaran masyarakat
tentang isu-isu berkaitan kesihatan serta mampu menghayati perhubungan antara sosial dan budaya.
4. Mengamalkan profesionalisme, akhlak murni dan tingkah laku beretika dalam menjalani penyelidikan saintifik.
5. Menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan secara lisan dan bertulis serta berupaya bekerja dalam
pasukan dengan sikap bertanggungjawab dan toleransi; mempamerkan ciri-ciri kepimpinan dalam pelbagai
aktiviti berkumpulan.
6. Mengguna, mengaplikasi dan menerapkan kaedah saintifik dalam menyelesaikan masalah dalam pekerjaan
sejajar dengan keperluan / kehendak industri dan masyarakat.
7. Menggunakan kemahiran pengurusan maklumat, aktif meningkat serta mengadaptasikan pengetahuan terkini
dalam bidang sains biokesihatan dan mampu belajar sepanjang hayat.
8. Merancang secara efektif dan melaksanakan projek dengan mempamerkan kemahiran pengurusan masa serta
sumber dan keusahawanan yang cekap dan berkesan.
11