Page 202 - handbook 20142015
P. 202
Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015
MATLAMAT PROGRAM
Untuk menghasilkan graduan dengan ijazah Sarjana Muda Sains (Biokimia) yang memahami dan mengamalkan ilmu
secara efektif serta beretika untuk berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan awam serta industri biokimia tempatan
dan antarabangsa dengan:
1 Menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan asas yang kukuh secara teori dan juga prakti dalam
bidang-bidang biologi untuk diaplikasikan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan biokimia.
2 Menghasilkan graduan Biokimia yang sentiasa mempertingkatkan diri untuk mencari, berkongsi dan
mengguna pengetahuan dan keterampilan dalam bidang sains amnya dan biokimia khususnya secara
saintifik, profesional dan etika dalam pembangunan sejagat.
3 Menghasilkan graduan yang berupaya menggunakan imaginasi intelek dari segi menganalisis isu dan
masalah berkaitan biokimia serta berupaya membuat cadangan alternatif dan memberi keputusan secara
kreatif.
4 Menghasilkan graduan Biokimia yang berupaya menggunakan serta mengadaptasi pengetahuan bidang
biokimia untuk tuntutan pekerjaan, industri dan masyarakat.
5 Menghasilkan graduan yang mampu berkomunikasi secara efektif dan menunjukkan sikap serta beretika
sebagai warga negara yang bertanggungjawab.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Pada akhir program Sarjana Muda Sains (Biokimia), graduan dapat:
1. Mendalami ilmu pengetahuan menerusi kefahaman tentang konsep dan prinsip biologi terutamanya dalam
bidang biokimia.
2. Menguasai kemahiran teknik-teknik relevan untuk diaplikasikan dalam penilaian serta analisis berbagai situasi
dan merekabentuk serta menjalankan projek secara sistematik.
3. Menilai keperluan untuk menampung perkembangan alam sekitar dalam mempraktik biokimia dan kepentingan
untuk tanggungjawab sosial dengan telus.
4. Mempamirkan kepentingan etika dan keperluan sikap profesionalisme dalam mempraktikkan bidang biokimia.
5. Menyampaikan ilmu dan idea secara jelas dan berkesan secara lisan serta bertulis, berkepimpinan serta
berupaya bekerja secara berpasukan.
6. Mengaplikasi serta menerapkan kaedah saintifik dalam menyelesaikan masalah dalam sekitar pekerjaan.
7. Menggunakan kemahiran pengurusan maklumat dan berkeupayaan untuk pembelajaran sepanjang hayat bagi
merekabentuk/membangunkan projek biokimia dengan pengetahuan asas dalam penyelidikan sains dan
biokimia.
8. Merancang secara efektif dalam melaksanakan projek atau keusahawanan bidang biokimia melalui pengurusan
masa dan sumber yang cekap.
16