Page 207 - handbook 20142015
P. 207

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015





                  MATLAMAT PROGRAM
                  Untuk menghasilkan graduan dalam bidang Sains dan Pengurusan Alam Sekitar yang :
                  1. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang Sains dan Pengurusan Alam Sekitar.
                  2. Berupaya mengaplikasikan teknologi dan menggunakan peralatan saintifik.
                  3. Berupaya menjalankan tanggungjawab secara telus bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat
                     serta lebih peka terhadap keperluan masyarakat.
                  4. Memiliki  nilai  dan  sikap  yang  positif  dalam  menyelesaikan  permasalahan  berkaitan  alam  sekitar  di  samping
                     mampu memikul tanggungjawab dengan penuh beretika dan profesional.
                  5. Mempunyai  kebolehan  berkomunikasi  dengan berkesan  sama  ada  secara  lisan  mahupun  bertulis,  dan
                     berkemahiran menjalankan tanggungjawab secara berpasukan.
                  6. Berkemahiran menyelesaikan dan menganalisa masalah.
                  7. Berkemahiran  mengurus  maklumat,  memperkembangkan  pengetahuan  kendiri  lantas  memupuk  sikap  ingin
                     memajukan diri dan meningkatkan pengetahuan bagi pembelajaran sepanjang hayat.
                  8. Mampu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah tinggi dalam mana-mana bidang berkaitan Sains dan
                     Pengurusan Alam Sekitar.

                  HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
                  Pada akhir program Sarjana Muda Sains (Sains dan Pengurusan Alam Sekitar) graduan dapat:
                  1. Menguasai ilmu pengetahuan menerusi kefahaman tentang konsep dan prinsip biologi terutamanya dalam bidang
                     sains pengurusan alam sekitar.
                  2. Mengaplikasikan  kemahiran  teknikal  dan  merekabentuk  serta  menjalankan  projek  dan  pembangunan  secara
                     sistematik yang berkaitan dengan alam sekitar.
                  3. Telus  dan  bertanggungjawab  dalam  meningkatkan  pengetahuan  serta  kesedaran  masyarakat  tentang  isu-isu
                     berkaitan alam sekitar dan menghayati hubungan antara sosial dan budaya.
                  4. Mengamalkan profesionalisme, akhlak murni dan tingkahlaku beretika dalam menjalankan penyelidikan saintifik di
                     tempat kerja.
                  5. Menyampaikan  maklumat  dengan  jelas  dan  berkesan  secara  lisan  dan  bertulis  serta  berupaya  bekerja  dalam
                     pasukan dengan penuh sikap tanggungjawab dan toleransi. Turut dipamerkan adalah ciri-ciri kepimpinan dalam
                     pelbagai aktiviti /projek berkumpulan.
                  6. Menggunakan  kemahiran  saintifik  dalam  menyelesaikan  masalah  dan  pekerjaan  sejajar  dengan
                     keperluan/kehendak industri dan masyarakat.
                  7. Menggunakan kemahiran pengurusan maklumat, aktif meningkatkan serta mengadaptasikan pengetahuan terkini
                     dalam bidang sains dan pengurusan alam sekitar sepanjang hayat.
                  8. Menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam melaksanakan projek dengan pengurusan masa
                     dan sumber yang cekap.










































                                                            21
   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212