Page 211 - handbook 20142015
P. 211

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015




                  SHEE 3324   Teknik Kurasi dalam Biologi    Lulus SHES 1202/1203 atau 1270      3*
                                       (G) EKOLOGI AKUATIK DAN PENGURUSAN (12 kredit)
                  SHEE 3330   Ekologi Terumbu Karang         Lulus SHES1200/1201/1202/1203/1270  3*
                  SHEE 3331   Ekologi dan Pengurusan Tanah Lembap  Lulus SHES1200/1201/1202/1203/1270  3*
                  SHEE 3332   Ekologi dan Pengurusan Perikanan                                   3*
                  SHEE 3333   Akuakultur                     Lulus SHES1200/1201/1202/1203/1270  3*
                Tahap 4 (10 kredit)
                              Projek Penyelidikan Ekologi dan  Lulus semua kursus Tahap 1 dan Tahap
                  SHEE 3188   Biodiversiti                   2                                  10*  +
                Pelajar akan mengambil mana-mana kursus Tahap 3, wajib atau elektif, untuk memenuhi jumlah minimum jam kredit
                untuk pengijazahan
                    (III) KURSUS ELEKTIF FAKULTI   (10 KREDIT) [EF]
                        * Kursus yang ditawarkan dari Institut/Jabatan dalam Fakulti Sains
                (Sila rujuk senarai kursus Elektif Fakulti ditawarkan jabatan selain Institut Sains Biologi dlm Fakulti Sains)
                   * termasuk amali/kerja lapangan.
                   +  pelajar daftar untuk 10 jam kredit yang boleh diselesaikan dalam 1 semester atau pelajar boleh daftar  untuk 5+5
                   jam kredit dan diselesaikan dalam 2 semester.


                  MATLAMAT PROGRAM
                   Untuk menghasilkan graduan yang:

                   1.  Mempunyai  pengetahuan  yang  kukuh  dalam  bidang ekologi  dan  biodiversiti  dan  mampu  mengurus  sumber
                      semulajadi negara secara mapan.
                   2.  Memiliki kemahiran untuk membangun dan melaksanakan pelbagai projek dalam industri sains hayat seperti
                      pertanian,  perikanan,  akuakultur,  ekopelancongan  dan  biofarmaseutik, di  samping  memberi  khidmat
                      perundingan, pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar.
                   3.  Mempunyai kemahiran insaniah secara efektif serta penyelesaian masalah secara efisien.
                   4.  Mempunyai daya saing tinggi dan mampu meneruskan pengajian dan penyelidikan ke peringkat Ijazah Tinggi di
                      mana-mana  institusi  pengajian  tinggi  serta  memenuhi  keperluan  pasaran  pekerjaan  pada  peringkat  nasional
                      dan antarabangsa.


                   HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
                   Pada akhir program Sarjana Muda Sains (Ekologi dan Biodiversiti), graduan dapat:

                   1.  Menguasai ilmu pengetahuan ekologi dan biodiversiti bagi menilai isu yang berkaitan dengan perubahan iklim
                      sejagat, kemerosotan biodiversiti, kestabilan komuniti ekologi, sekuriti makanan, pengurusan guna sumber dan
                      persekitaran.
                   2.  Merangka  dan  melaksanakan projek  secara  sistematik  berasaskan  kemahiran  teknikal  dan  praktikal  yang
                      sesuai.
                   3.  Melaksanakan  tanggungjawab  dan  menangani  masalah  ekologi  serta  biodiversiti  kepada  pihak  industri  dan
                      awam.
                   4.  Mengambilkira penggunaan dan pengurusan sumber secara mapan, profesional dan beretika.
                   5.  Menyampaikan maklumat dan saranan secara jelas dan efektif, di samping bertanggungjawab sebagai ahli dan
                      pemimpin pasukan.
                   6.  Menggunakan kaedah saintifik dalam penyelesaian masalah.
                   7.  Mengenalpasti keperluan pembelajaran kendiri dan teknologi  maklumat dalam profesion.
                   8.  Mempamerkan  kemahiran  keusahawanan  dan  pengurusan  bagi  melaksanakan  projek  atau  tugas  dengan
                      menggunakan sumber dan masa secara efisien.
























                                                            25
   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216