Page 215 - handbook 20142015
P. 215

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015




                  MATLAMAT PROGRAM

                  1. Menghasilkan  graduan  yang  mempunyai  pengetahuan  asas  yang  kukuh  dalam  bidang  genetik  dan  biologi
                     molekul untuk diaplikasikan dalam pelbagai bidang yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara dan
                     secara am kepada kelestarian  pembangunan manusia  serta  persekitarannya secara beretika dan profesional.
                  2. Menghasilkan  graduan  yang  mempunyai  kemahiran  dalam  teknik-teknik  biologi  molekul  yang  lazim  digunakan
                     dan yang boleh merekabentuk serta membangunkan penyelidikan dalam bidang genetik dan biologi molekul atau
                     bidang-bidang yang berkaitan, contohnya bioteknologi.
                  3. Menghasilkan graduan Sains Genetik dan Biologi Molekul yang berkelayakan, bermutu tinggi dan berfikiran luas,
                     memiliki pengetahuan serta kemahiran untuk menyertai industri sains hayat dan bioteknologi, termasuk pertanian,
                     perubatan,  perikanan,  industri,  farmaseutikal,  dan  yang  berkebolehan  untuk  membangun  dan  melaksanakan
                     pelbagai projek.
                  4. Menghasilkan  graduan  dalam  bidang  Genetik  dan  Biologi  Molekul    yang  mempunyai  daya  saing  tinggi  dan
                     mampu  meneruskan  pengajian  ke  peringkat  Ijazah  Tinggi  dalam  bidang  sains  hayat  di  mana-mana  institusi
                     pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.


                  HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

                  Pada akhir program Sarjana Muda Sains (Genetik dan Biologi Molekul), graduan dapat:
                  1. Mengaplikasi  pengetahuan  melalui  kefahaman  konsep  dan  prinsip  biologi  dalam  mempraktikkan  genetik  dan
                     biologi molekul.
                  2. Mengamalkan  satu  pendekatan  yang  praktikal,  selamat  dan  efisien  untuk  mempraktikkan  genetik  dan  biologi
                     molekul  di  dalam  makmal  dan  tempat  kerja  serta  dapat    juga  menganalisa  isu-isu  dan  menilai  kesesuaian
                     penggunaan  sumber-sumber.
                  3. Menghargai  kepentingan  pembangunan  mapan  alam  sekitar  dalam  praktis  genetik  dan  biologi  molekul  dan
                     kepentingan untuk tanggungjawab, peribadi serta perkaitan sosiobudaya.
                  4. Menghargai kepentingan etika dan perlunya sikap profesionalisma dalam  praktis genetik dan biologi molekul.
                  5. Berupaya untuk berkomunikasi secara jelas dan efektif, sama ada secara lisan mahupun bertulis, serta menjadi
                     seorang  yang  bertanggungjawab    dan  dapat  bekerja  di  dalam  sesebuah  kumpulan  secara  produktif  dengan
                     memiliki kemahiran sosioperibadi yang baik.
                  6. Mengguna,  mengaplikasi  dan mengamalkan  kaedah-kaedah saintifk  dalam  praktis  genetik  dan  biologi  molekul
                     serta  menghargai  perlunya  penilaian  serta  peningkatankendiri  dalam  memenuhi  keperluan  industri  dan
                     masyarakat.
                  7. Merancang  dan  menjalankan  projek-projek  penyelidikan  dengan  pengurusan  masa  dan  penggunaan  sumber
                     yang efisien.
                  8. Mempamerkan kemahiran – kemahiran pengurusan dan keusahawanan yang cekap dan berkesan.










































                                                            29
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220