Page 219 - handbook 20142015
P. 219

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015




                                                              Telah lulus SHES 1202 dan SHEQ
                  SHEQ 3333  Teknik-teknik dalam Mikrobiologi Molekul  2201                      3
                                                              Telah lulus SHEQ 2202 dan SHEQ
                  SHEQ 3334  Aktinobakteriologi               2203; untuk pelajar Mikrobiologi sahaja  3
                                                              Hanya untuk pelajar mikrobiologi yang
                  SHEQ 3395  Latihan Industri Mikrobiologi    telah memenuhi 4 semester dan 50   5
                                                              kredit
                    (III)  KURSUS ELEKTIF FAKULTI  (10 KREDIT) [EF]
                        * Kursus yang ditawarkan oleh Institut/Jabatan dalam Fakulti Sains
                    (Sila rujuk senarai kursus Elektif Fakulti ditawarkan jabatan selain Institut Sains Biologi dalam Fakulti Sains)



                  MATLAMAT PROGRAM
                  1. Menghasilkan  graduan  yang  mempunyai  pengetahuan  asas  yang  kukuh  dalam  bidang  mikrobiologi  untuk
                     diaplikasikan dalam  pelbagai bidang yang berkaitan dengan mikrobiologi.
                  2. Menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran dalam teknik- teknik mikrobiologi  peringkat asas dan lanjutan
                     yang  lazim  digunakan  dan  yang  boleh  merekabentuk  serta  membangunkan  penyelidikan  dalam  bidang
                     mikrobiologi dan bidang-bidang yang berkaitan, contohnya bioteknologi.
                  3. Menghasilkan  graduan  Sarjana  Muda  Sains  (Mikrobiologi)  yang  berkelayakan,  memiliki  pengetahuan  serta
                     kemahiran  untuk  menyertai  industri-industri  berkaitan,  berupaya  membangun  dan  melaksana  pelbagai  projek
                     yang melibatkan mikrobiologi.
                  4. Menghasilkan graduan yang telah menguasai konsep asas mikrobiologi dalam pembentukan serta perkembangan
                     penyakit, permasaalahan alam sekitar, pembentukan dan perkembangan teknologi penapaian, pengenalan agen
                     etiologi terlibat dan memberi saranan yang tepat untuk pengurusan.
                  5. Menghasilkan graduan dalam bidang Sains Mikrobiologi yang mampu meneruskan pengajian ke peringkat ijazah
                     tinggi dalam bidang Biologi yang berkaitan di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.



                  HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
                  Pada akhir program Sarjana Muda Sains (Mikrobiologi), graduan dapat:
                  1. Mempamerkan kemahiran – kemahiran mengurus dan keusahawanan yang cekap dan berkesan secara umum
                     dan khasnya berkaitan bidang mikrobiologi.
                  2. Menguasai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidang Mikrobiologi.
                  3. Menggunakan kemahiran – kemahiran teknikal dan praktikal yang diperlukan untuk bidang Mikrobiologi.
                  4. Menunjukkan  kebolehan  melaksanakan  tanggungjawab    kepada  pihak – pihak  berkepentingan  dalam  industri
                     serta  menghargai  alam  semulajadi  dan  kerapuhan  sumber  asli,  dengan  itu  dapat  menggunakan  dan
                     membangunkannya seiring bersama tanggungjawab sosial dan juga telus.
                  5. Mempamerkan  tahap  profesionalisme  yang  diperlukan  dan  komitmen  kepada  amalan  beretika  didalam
                     menjalankan semua urusan bidang mikrobiologi.
                  6. Memberi  pandangan  yang  jelas,  munasabah  dan  profesional dalam semua  bentuk  komunikasi  dan  kebolehan
                     bekerja  secara  bersendirian  dan  berkumpulan  dan  sebagai  pemimpin  untuk  melaksanakan  projek  dan  aktiviti
                     berkaitan bidang mikrobiologi.
                  7. Menganalisa  permasalahan  bagi  menilai  pilihan – pilihan  strategik  serta  mampu  untuk  membuat  keputusan
                     dengan  bukti  sokongan  dan  memberikan  penilaian  yang  baik  bagi  penyelesaian  dengan  pengetahuan  bidang
                     mikrobiologi.
                  8. Menunjukkan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat secara umum dan khasnya
                     berkaitan bidang mikrobiologi.



























                                                            33
   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224