Page 2 - handbook 20142015
P. 2

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015




                                                                      PROFESOR DR. ZANARIAH ABDULLAH
                                                                                                  Dekan
                                                                                            Fakulti Sains
                                                                                        Universiti Malaya











               Assalamu’alaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera.
               Tahniah kepada semua pelajar di atas kejayaan melanjutkan pengajian di Fakulti Sains, Universiti Malaya.

               Berikutan pelaksanaan eksesais semakan kurikulum secara menyeluruh di Universiti Malaya mulai sesi akademik
               2010/2011, Fakulti  Sains kini menawarkan  dua puluh satu program  pengajian di  bawah  kendalian
               Institut/Jabatan/Fakulti berikut:

                Institut Sains Biologi                              Jabatan Geologi
                 Sarjana Muda Sains (Ekologi & Biodiversiti)         Sarjana Muda Sains (Geologi)
                 Sarjana Muda Sains (Biokimia)                       Sarjana Muda Sains (Geologi Gunaan)
                 Sarjana Muda Sains (Bioinformatik)
                 Sarjana Muda Sains (Genetik & Biologi Molekul)    Jabatan Kimia
                 Sarjana Muda Sains (Bioteknologi)                   Sarjana Muda Sains (Kimia)
                 Sarjana  Muda Sains  (Sains  dan  Pengurusan  Alam    Sarjana Muda Sains (Kimia Gunaan)
                   Sekitar)
                 Sarjana Muda Sains (Sains Biokesihatan)           Jabatan Pengajian Sains & Teknologi
                 Sarjana Muda Sains (Mikrobiologi)                   Sarjana  Muda  Sains  (Pengajian  Sains  &
                                                                      Teknologi)
                Institut Sains Matematik
                                                                    Jabatan  Geografi,  Fakulti  Sastera  &  Sains
                 Sarjana Muda Sains (Matematik)                    Sosial
                 Sarjana Muda Sains (Statistik)                      Sarjana Muda Sains (Geografi)
                 Sarjana Muda Sains (Matematik Aktuari & Kewangan)
                 Sarjana  Muda  Sains  (Matematik  Komputeran  &   Jabatan  Pendidikan  Matematik  &  Sains,
                   Industri)                                        Fakulti Pendidikan
                                                                      Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan
                Jabatan Fizik
                 Sarjana Muda Sains (Fizik)
                 Sarjana Muda Sains (Sains Bahan)

               Ijazah Sarjana Muda Sains merupakan program pengajian 7 semester (3½ tahun) kecuali bagi program Sarjana
               Muda Sains (Matematik Aktuari & Kewangan) iaitu 8 semester (4 tahun). Manakala Ijazah Sarjana Muda Sains
               Dengan Pendidikan pula adalah program pengajian 8 semester (4 tahun).  Pelajar tidak perlu mengambil kursus
               diluar  kemampuan bagi  tujuan  menyempurnakan pengajian  dalam tempoh  7 semester memandangkan sistem
               semester banyak memberi kelonggaran kepada pelajar untuk mengatur rancangan pembelajaran masing-masing.

               Pelajar dinasihatkan supaya berbincang dengan Penasihat Akademik yang telah dilantik sekiranya menghadapi
               masalah  dalam  pembelajaran  dan  ketidakpastian  mengenai  kursus,  tugasan  dan  perkara-perkara  lain  yang
               berkaitan. Pelajar perlu memahami dan mematuhi Kaedah-kaedah dan Peraturan-peraturan Universiti Malaya
               (Pengajian Ijazah Pertama) 2013 yang telah diedarkan dan hendaklah dibaca bersama dengan Buku Panduan
               Ijazah Dasar Fakulti Sains Sesi 2014/2015.
               Saya berharap pelajar akan memanfaatkan sepenuhnya peluang pengajian dan mengambil kesempatan semasa
               berada  di  kampus  untuk  menimba  ilmu  pengetahuan, di  samping membentuk sahsiah diri demi meningkatkan
               kecemerlangan akademik dan peribadi.
               Saya akhiri dengan ucapan Selamat Maju Jaya dalam apa juga bidang yang diceburi.

               “CEMERLANG BERSAMA UM”



                                                            1
   1   2   3   4   5   6   7