Page 70 - handbook 20142015
P. 70
Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015
(III) KURSUS ELEKTIF FAKULTI (10 KREDIT) [EF]
Pelajar hanya boleh memilih Kursus daripada Jabatan Kimia dan Jabatan Pengajian Sains dan
Teknologi. Kursus Elektif Fakulti yang disyorkan adalah seperti di bawah.
KOD KURSUS NAMA KURSUS PRA-SYARAT KREDIT
SCES1200 Prinsip-prinsip Kimia Kimia STPM atau setaraf 2
SCES1210 Kimia Takorganik I Kimia STPM atau setaraf 3
SCES1220 Kimia Organik I Kimia STPM atau setaraf 3
SCES1230 Kimia Fizik I Kimia STPM atau setaraf 3
SFES1343 Sistem-Sistem Inovasi 3
Inovasi Dan Organisasi
SFES1322 3
SFES3363 Polisi Dan Pengurusan Alam Sekitar 3
MATLAMAT PROGRAM
1. Matlamat program pengajian Sarjana Muda Sains (Sains Bahan) ialah untuk menghasilkan graduan yang mempunyai
pengetahuan kukuh dalam bidang Sains Bahan terutamanya dalam industri elektronik dan elektrikal, berkeupayaan
menganalisis serta menyelesaikan masalah, berkemampuan pembelajaran sepanjang hayat dan mengaplikasikan
kemahiran praktikal dalam Sains Bahan dengan menghubungkaitkan hasil kajian dengan konsep Sains Bahan.
2. Program Sarjana Muda Sains (Sains Bahan) diwujudkan dengan visi untuk menjadikan Jabatan Fizik, Universiti Malaya
sebagai pusat pengajaran dan penyelidikan dalam bidang Sains Bahan yang cemerlang dan terunggul di peringkat
antarabangsa.
3. Misi Program Sarjana Muda Sains (Sains Bahan) adalah untuk menghasilkan ahli Sains Bahan yang berkualiti dan
membangunkan potensi pelajar-pelajar supaya dapat menyumbang kepada masyarakat melalui pengajaran dan
pembelajaran yang holistik.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Pada akhir program Sarjana Muda Sains (Sains Bahan), graduan dapat:
1. Menguasai ilmu pengetahuan asas Sains Bahan dan teknologi terkini.
2. Mengaplikasikan kemahiran praktikal dalam Sains Bahan dan menghubungkaitkan hasil kajian dengan konsep Sains Bahan.
3. Menunjukkan kemahiran dan tanggungjawab sosial dalam mempraktikkan Sains Bahan.
4. Mengamalkan nilai etika dan profesionalism sebagai seorang ahli Sains Bahan.
5. Berkomunikasi secara berkesan dan berkeupayaan bekerja secara bersendirian atau berpasukan dan berkepimpinan.
6. Menggunakan kemahiran saintifik dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Sains Bahan.
7. Melibatkan diri dalam pembelajaran berterusan untuk memajukan pengetahuan serta kegunaan.
8. Mengguna pengalaman dan pengetahuan Sains Bahan untuk meneroka peluang dalam dunia keusahawanan.
6