Page 66 - handbook 20142015
P. 66

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015



               SMES4322        Optoelektronik                SMES1204                             3
               SMES4323        Sains Bahan                   SMES2201                             3
               SMES4325        Fotonik                       SMES1203                             3
                  (III)  KURSUS ELEKTIF FAKULTI (10 KREDIT) [EF]
                      * Kursus yang ditawarkan dari Institut/Jabatan Pengkhususan Lain dalam Fakulti Sains
                       (Sila rujuk senarai Kursus Elektif Fakulti dari luar Jabatan Fizik dalam Fakulti Sains)

               MATLAMAT PROGRAM
               1. Untuk menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan yang luas dan pemahaman yang mantap dalam fizik bersama
                  dengan kemahiran amali, analisis dan matematik bagi seorang ahli fizik.
               2. Untuk menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran komunikasi secara lisan dan bertulis dan mampu bekerja secara
                  berkesan di dalam kumpulan pelbagai disiplin.
               3. Untuk menghasilkan graduan yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap amalan beretika dan penghayatan yang
                  tinggi terhadap faktor persekitaran, sosial dan keselamatan dalam menjalankan tugas.
               4. Untuk menghasilkan  graduan  yang  mempunyai  kemahiran  pembelajaran  sendiri  dan  penyelesaian  masalah  yang  boleh
                  digunakan dalam kerjaya yang berpelbagaian.

               HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
               Pada akhir program Sarjana Muda Sains (Fizik), graduan dapat:
               1. Mempamerkan  kemahiran  dalam  pengetahuan  asas  dalam  bidang  utama  fizik  (mekanik  klasik,  keelektrikan  dan
                  kemagnetan, mekanik kuantum, mekanik statistik dan termodinamik) dan bidang fizik gunaan (contohnya, fizik keadaan
                  pepejal, optik, fizik nukleus, fizik atom, dsb.)
               2. Mempamerkan  kemahiran  praktikal  dalam  fizik  seperti  merekabentuk,  memasang  eksperimen,  mengumpul  dan
                  menganalisa  data,  mengenalpasti  punca  ralat,  mentafsirkan  keputusan  eksperimen  dan  menghubungkaitkan  keputusan
                  dengan konsep fizik yang berkaitan atau teori saintifik lain.
               3. Menilai  keperluan  untuk  perkembangan  berkekalan  dalam  mempraktikan  fizik  demi  keperluan  masyarakat  dan
                  persekitaran.
               4. Mempamerkan kebolehan dalam mencari penyelesaian kreatif dan praktikal untuk memenuhi keperluan dan perubahan
                  yang ditentukan oleh suasana kerja secara saintifik, profesional dan beretika.
               5. Mempamerkan  kemahiran  berkomunikasi,  kepimpinan  dan  kerja  berpasukan  terutamanya  dalam  menghubungkaitkan
                  maklumat saintifik dan teknikal secara bertulis dan pembentangan lisan.
               6. Menggunakan  prinsip  fizik  bagi  situasi  baru,  dalam  bilik  darjah  dan  suasana  penyelidikan,  melalui  pemikiran  kritis,
                  penyelesaian masalah, pengmodelan matematik dan komputer, dan ujikaji di makmal.
               7. Mengurus  secara  berkesan  kerapian  dan  disiplin  yang  diperlukan  untuk  menjadi  seorang  saintis  yang  baik  dengan
                  pengurusan masa yang cekap dan penggunaan sumber yang bersesuaian.
               8. Mengguna pengalaman dan pengetahuan fizik untuk meneroka peluang dalam dunia keusahawanan.











































                                                            2
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71