Page 18 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 18
Sinopsis Kursus Teras Fakulti / Faculty Core Courses Synopsis
AIX1005
Pembinaan Komuniti, Tindakan Sosial dan Inovasi
Community Building, Social Action and Innov ation
Kursus ini memperkenalkan pelajar konsep service learning (khidmat belajar). Pelajar juga akan didedahkan kepada isu professionalisme
dan etika menjalankan khidmat belajar bersama komuniti. Pelajar perlu merancang dan menjalankan program dalam kumpulan kecil.
Pelajar perlu membuat jurnal refleksi untuk merekodkan transformasi dalam diri sendiri sebelum, semasa dan selepas menjalani program
jalinan masyarakat disamping membuat laporan dan pembentangan/ pameran berdasarkan pengalaman khidmat belajar
This course introduces students to the concept of service learning. Students will also be exposed to the issues of professionalism and ethics of
service learning working with communities. Students need to plan and implement community engagement programs in teams.
Students are also required to create a reflection journal to record selftransformation before, during and after the community engagement
program as well as a report and presentation/exhibition based on their service learning experience.
AIX2007
Kemanusiaan Digital
Digital Humanities
Maka kursus ini merupakan pengenalan kepada perkembangan ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial yang melibatkan proses
pendigitalan termasuk penggunaan platform digital. Kursus ini mengambil kira bahawa Kemanusiaan Digital akan membuka
ruang dan kemungkinan baru dalam penerokaan ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial.
Kursus ini bermula dengan memperkenalkan perubahan yang berlaku dalam dunia pembelajaran ilmu Kemanusiaan dan Sains
Sosial demi menghadapi cabaran dan tuntutan masa yang dibawa oleh dunia pendigitan dan Artificial Intelligence. Konsep-
konsep dan prinsip-prinsip penting berhubung dengan Kemanusiaan Digital akan diterokai.
Kursus ini turut akan melihat kepada isu-isu dan cabaran yang perlu dihadapi dengan perkembangan Kemanusiaan Digital
sebagai sebahagian dari ilmu.
Akhir sekali, kursus ini akan melihat kepada perkembangan dan penggunaan platform digital dalam pembelajaran subjek-
subjek terpilih yang berkaitan dengan Kesusasteraan, Sistem Informasi Geografi, Sejarah, Ekonomi dan Sosiologi.
his course is an introduction to the development of Humanities and Social Sciences as branches of knowledge that involve the
process of digitization including the use of digital platform. The course takes into account that Digital Humanities will open up
new avenues and new possibilities in the exploration of Humanities and Social Sciences.
The course will begin by introducing the changes that is taking place in the world of Humanities and Social Sciences in order to
face and cope with the challenges and demands that were brought about by the digitised world and Artificial Intelligence.
Important concepts and principles relating to Digital Humanities will be explored and introduced.
The course will also examines issues and challenges pertaining to the development of Digital Humanities as part of knowledge.
Finally, the course will see the development and application of digital platform in the learning of selected subjects including
Literature, Geography Information System, History, Economics and Sociology.