Page 21 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 21

Sarjana Muda Sastera Antropologi dan Sosiologi

                                  Jabatan Antropologi dan Sosiologi



                          Bachelor of Arts Anthropology and Sociology
                           Department of Anthropology and Sociology



            Jabatan  Antropologi  dan  Sosiologi  telah  ditubuhkan  pada  tahun  1970.  Kini  setelah  melebihi  lima  dekad,  Jabatan  Antropologi  dan

      Sosiologi  telah  berjaya  mencipta  nama  yang  hebat  di  dalam  negara  mahupun  di  luar  negara.  Objektif  utama  penubuhan  jabatan  ini
      adalah  untuk  meningkatkan  pengetahuan  pelajar  berkaitan  dengan  manusia  dan  masyarakat  dan  melatih  pelajar  memahami  proses

      perubahan dan perkembangan manusia dalam semua aspek. Gabungan tiga disiplin ilmu di jabatan ini iaitu Antropologi, Sosiologi dan

      Psikologi menjadikan jabatan ini mempunyai kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri untuk menyediakan asas yang kukuh kepada
      pelajar  dalam  memahami  dan  menguruskan  masalah  yang  melibatkan  manusia  dan  masyarakat.  Secara  spesifiknya,  kurikulum  yang
      ditawarkan  di  jabatan  ini  adalah  merangkumi  aspek  ketaksamaan  sosial,  kepelbagaian  identiti,  etnografi  silang  budaya,  antropologi

      visual, agama, ras, etnik, demografi, personaliti, pembangunan organisasi dan perkembangan manusia. Jabatan ini juga menawarkan

      kursus teori, metodologi penyelidikan kualitatif dan kuantitatif dan statistik terkini dalam bidang sains sosial. Pelajar didedahkan dengan
      kemahiran penyelidikan, mengumpul dan menganalisis data serta melakukan pembentangan hasil daripada penyelidikan mereka. Pelajar

      akan  dapat  memperoleh  pengalaman  dengan  mengikuti  aktiviti  kajian  lapangan  dan  menerapkan  prinsip  teori  dan  metodologi  yang
      telah dipelajari. Hala tuju utama jabatan kami adalah untuk menghasilkan graduan yang kompeten dan cekap, mempunyai daya fikir

      yang kritis dan bijak menangani masalah sosial bukan sahaja melalui teori-teori yang telah dipelajari tetapi juga melalui penyelesaian
      praktikal. Sehingga kini, jabatan kami telah melahirkan ramai alumni terbilang antaranya ialah, Datuk Dr. Hj. Mohd. Taib Hj. Dora, Dato’

      Ahmad Farid Abd Jalal, Datuk Dr. Roziah Omar, Datin Sri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid dan Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman.



         The Department of Anthropology and Sociology was established in 1970. For over five decades, the Department of Anthropology and
      Sociology has succeeded in making a name for itself locally and overseas. The main objective of our department is to generate knowledge

      of  man  and  society  and  educate  students  to  fully  understand  the  change  and  development  in  all  aspects  of  human  processes.  The
      combination  of  three  academic  disciplines  in  the  department:  Anthropology,  Sociology,  and  Psychology  makes  this  department  have  its

      strengths and specialties. The combined disciplines can provide a foundation for students to understand and manage the problems affecting
      man and society. Specifically, the curriculum offered in this department includes social inequalities, diversity of identities, cross- cultural

      ethnography,  visual  anthropology,  religion,  race,  ethnicities,  demography,  personality,  organizational  development,  and  human  growth.

      This department also offers theoretically oriented courses, qualitative and quantitative research methodologies, and advanced statistics in
      social  sciences.  Students  are  introduced  to  research  skills,  data  collecting  and  analysis  and  leading  to  presentation  of  their  findings.

      Students can obtain experience through participating in field research activities that incorporate learned theoretical and methodological
      principles. The main vision of the department is to produce competent and efficient graduates with critical thinking abilities that can help

      them to overcome social problems, not only through learned theories but also through practical solutions. Until now, our department has
      produced prominent figures such as Datuk Dr Hj. Mohd. Taib Hj. Dora, Dato’ Ahmad Farid Abd Jalal, Datuk Dr. Roziah Omar, Datin Sri Hajah

      Nor Zamani Abdol Hamid dan Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman.
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26