Page 256 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 256
AIJ2016
Inkuiri Sosial
Social Enquiry
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai ciri-ciri rekabentuk kajian kualitatif. Ia juga mendedahkan pelajar kepada
teknik-teknik pengumpulan data dalam kajian kualitatif. Selain itu, pelajar juga dibimbing bagi membina instrumen kajian dan
menafsir data kualitatif dengan menggunakan perisian memproses data kualitatif.
This course exposes students to characteristics of qualitative research and techniques to gather data in a qualitative study. Students are
also supervised to design the research instrument and interpret the collected data using the NVivo programme for analysing qualitative
data.
AIJ3001
Bacaan Terarah
Directed Reading
Kursus ini memandu pelajar melakukan pembacaan kritis terhadap bahan terpilih yang berkait dengan bidang pentadbiran sosial.
Bacaan terpilih yang menjadi fokus utama kursus ini mengandungi elemen konsepsual, teoritikal dan model kajian yang bersifat
penyelidikan sosial. Selain itu, pelajar juga menghasilkan kertas cadangan penyelidikan sendiri.
This course guides students critically to read selected materials related to the field of social administration. The selected readings
compose of central concepts, theories, and models of social administration. They also must be evidence-based readings. In addition,
students will have the opportunity to design their research proposals.
AIJ3002
Kerja Sosial Kumpulan
Social Work with Groups
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang model generalis dalam intervensi kerja sosial di peringkat messo. Komponen
utama yang diberi penekanan oleh krusus ini adalah dinamika dan perkembangan kumpulan, jenis kumpulan, peranan kumpulan dan
juga proses yang mendasari kemandirian kumpulan sehingga kepada penamatan kumpulan. Dalam kursus ini, pelajar berpeluang
untuk mendemonstrasikan kemahiran bekerja dengan kumpulan dan memahami pengaruh persekitaran kumpulan terhadap intervensi
kerja sosial. Pelajar juga akan diberi kemahiran menganalisis pendekatan kerja kumpulan kontemporari di dalam organisasi dan
komuniti.
This course exposes students to the generalist model of social work intervention in mezzo level. Emphasis is on the group growth and
dynamics, groups variations, groups roles, and groups functions to sustain the group processes; as well as its termination. In this
course, students will have the opportunity to demonstrate social work skills, and also understand ways in which the group
environment influence the intervention. Students will also be equipped with skills on how to analyze contemporary group work
approaches in an organisational and community setting.