Page 266 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 266

AIJ4006
    Pengawasan Komuniti
    Community Policing


    Kursus ini membantu pelajar memahami program pengawasan komuniti sebagaisalah satu inisiatif atau usaha pencegahan jenayah di
    Malaysia. Pelajar didedahkan dengan pelbagai teori dan pendekatan yang mendasari amalan program pengawasan komuniti. Selain itu,
    pelajar juga terdedah kepada praktis program pengawasan komuniti untuk mengawasi, menjaga dan melindungi sesebuah komuniti.

    This  course  helps  students  to  understand  the  community  policing  program  as  one  of  the  initiatives  of  crime  prevention  in  Malaysia.
    Students  are  exposed  to  variety  of  theories  and  approaches  that  underlie  community  policing  programs.  In  addition,  students  are
    exposed to the practice of community policing programs to surveillance and  protect a community.








    AIJ4007
    Kebajikan Kanak-kanak
    Child Welfare


    Kursus ini adalah mengenai perkhidmatan kebajikan kanak-kanak. Ia mengandungi lima perkara asas dalam bidang kebajikan kanak-
    kanak;  iaitu  konsep  kebajikan  kanak-kanak,  kerangka  teoritikal  yang  mendasari  bidang  kebajikan  kanak-kanak,  jenis-jenis
    perkhidmatan berkaitan dengan kebajikan kanak-kanak , dasar sosial dan perundangan sosial berkaitan kebajikan kanak-kanak serta
    amalan terbaik sistem kebajikan kanak-kanak.

    This  course  is  about  child  welfare  services.  It  consists  of  five  basics  aspects  in  child  welfare  studies;  which  are  child  welfare  concept,
    theoretical framework underlie child welfare studies, types of services for child welfare, social policies and social legislation related to
    child welfare and best practice in the child welfare system.







    AIJ4008
    Inovasi dan Keusahawanan Sosial
    Innovation and Social Entrepreneur

    Kursus  memberi  pengetahuan,  kemahiran  dan  pencerahan  mengenai  keusahawanan  sosial  dalam  komuniti.  Pelajar  berpeluang
    memahami konsep keusahawanan sosial sebagai satu inovasi yang berpotensi menjana pertumbuhan ekonomi disamping memperbaiki
    taraf  sosio  ekonomi  dan  kebajikan  komuniti  serta  memperkasa  pertumbuhan  ekonomi  negara  secara  positif.  Permasalahan  dalam
    komuniti dilihat sebagai satu peluang penyelesaian masalah yang inovatif sambil menjana pendapatan. Kursus ini menekankan aspek
    nilai  keusahawanan  sosial  yang  mengutamakan  kesejahteraan  komuniti  sebagai  matlamat  penubuhan  perniagaan  sementara
    keuntungan hanya sebagai alat mencapai kesejahteraan komuniti.

    The course provides knowledge, skills and enlightenment on social entrepreneurship in the community. Students have the opportunity to
    understand the concept of social entrepreneurship as an innovation that has the potential to generate economic growth while improving
    the  socio-economic  status  and  community  welfare  as  well  as  empowering  the  country’s  economic  growth  positively.  Problems  in  the
    community are Teen as an innovative problem-solving opportunity while generating income. This course emphasizes the value aspect of
    social  entrepreneurship  that  prioritizes  community  well-being  as  the  goal  of  business  establishment  while  profit  is  only  as  a  tool  to
    achieve community well-being.
   261   262   263   264   265   266   267   268   269   270   271