Page 269 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 269
Sarjana Muda Sastera Sejarah
Jabatan Sejarah
Bachelor of Arts History
Department of History
Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya mempunyai sejarah yang sangat panjang. Jabatan ini sudah pun
wujud sejak 63 tahun yang lalu iaitu pada 15 Januari 1959. Sebagai salah sebuah jabatan yang tertua bukan sahaja di Universiti Malaya
tetapi juga di Malaysia, Jabatan Sejarah terus menjulang wadah kesarjanaan dengan menampilkan barisan ahli akademik yang berwibawa
dan program yang berdaya saing bagi memastikan ilmu Sejarah terus subur. Pada ketika masyarakat sudah semakin menoleh kepada
sejarah untuk mengetahui dan memahami perkembangan semasa sama ada yang berlaku di Malaysia mahupun di negara luar, jabatan ini
komited terhadap penghayatan dan penjiwaan jati diri dan identiti kenegaraan dalam kalangan para pelajarnya kerana individu yang celik
sejarah akan dapat memahami diri, keluarga, masyarakat dan negaranya dengan lebih jelas. Sehubungan itu, jabatan menawarkan
Program Sarjana Muda Sastera Sejarah dengan tiga komponen kurikulum merangkumi modul universiti (12 kredit), modul teras (66 kredit)
dan modul elektif (44 kredit). Nadi kepada program adalah modul teras yang meliputi pelbagai aspek sejarah Malaysia dan sejarah global.
Sebagai sebuah program yang menunjangi Sejarah Malaysia maka komponen Sejarah Malaysia dalam modul teras ditawarkan dengan ratio
60:40 berbanding dengan kursus yang lain. Di bawah komponen modul elektif, program juga memberi peluang kepada pelajar untuk
mengambil modul elektif pengkhususan yang mereka minati yang ditawarkan oleh program lain di Fakulti Sastera dan Sains Sosial sendiri.
Sepanjang pengajian, pelajar dikehendaki menyempurnakan 30 kredit bagi modul ini. Hal ini dilihat penting bagi meningkatkan keupayaan
pelajar dalam menguasai ilmu di luar daripada bidang sejarah. Selain itu, sahsiah pelajar turut diperkasa dengan Modul
Dalam usaha memasyarakatkan sejarah, program ini bukan sekadar memenuhi keperluan pelajar major sejarah semata-mata. Program
memberi tempat kepada pelajar dari program lain di Fakulti Sastera dan Sains Sosial untuk mengambil tiga puluh (30) kredit daripada
kursus- kursus yang ditawarkan sebagai modul elektif pengkhususan. Kredibiliti Jabatan Sejarah dan program yang ditawarkan
sememangnya sudah terbukti. Berdasarkan QS World University Rankings by Subject 2022, Universiti Malaya berada pada kedudukan 151-
200. Jabatan mempunyai rakan industri yang luas jaringannya melalui kerjasama yang dijalin misalnya dengan Arkib Negara Malaysia,
Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Majlis Peperiksaan Malaysia. Pada masa yang sama,
Jabatan Sejarah turut melahirkan para sejarawan terbilang negara seperti mendiang Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Profesor
Emeritus Dato’ Wira Dr Mohd Yusoff Hashim dan Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali. Di samping itu, Jabatan Sejarah juga
mempunyai barisan alumni yang hebat seperti Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (Tuan Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri Melaka), Tun Daim Zainuddin (mantan Menteri Kewangan Malaysia), Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
(mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor (Ketua Polis Negara ke-5) dan Allahyarham Tan Sri Datuk Dr Hj
Mustapha Kamal bin Hj Abu Bakar (Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Berhad).
The Department of History, Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya has a very long history. Founded in 15 January 1959,
the department has existed for the past 63 years. As one of the oldest departments not only in the University of Malaya but also in Malaysia,
the Department upholds its academic flagship by recognizing academic staff of outstanding scholarship and introducing competitive programs
to ensure the study of History continues to flourish. In an era when society is increasingly turning to history to learn and understand current
developments in Malaysia or abroad, the department is committed to the appreciation and inspiration of self and national identity among its
students because an individual with historical literacy will be able to understand oneself, family, society, and country better. The department
offers Bachelor of Arts History with 122 credits consisting of three curriculum components comprising university modules (12 credits), core
modules (66 credits) and elective modules (44 credits). The thrust of the program is the core modules that cover various aspects of Malaysian
and global history. As a program that focuses on Malaysian history, more core modules are provided on Malaysian history at a ratio of
60:40. In the elective module component, the program provides an opportunity for students to take elective modules which are offered by
other programs in the Faculty of Arts and Social Sciences. Throughout the study, students are required to complete 30 credits of elective
modules. This is important for students to improve their ability in mastering knowledge outside the field of history.
In the attempt to popularize history, this program not only meets the needs of students majoring in history, but also gives the opportunity for
students from other programs in the Faculty of Arts and Social Sciences to take thirty (30) credit from courses that are offered as elective
modules. The credibility of the History Department and the program it offers has already been proven. According to QS World University
Rankings by Subject 2022, the University was ranked 151-200. The department has an extensive network of industry partners through
collaborations, for instance with the National Archives of Malaysia, the Department of Museums Malaysia, the National Heritage Department,
Dewan Bahasa dan Pustaka and the Malaysian Examinations Council. At the same time, the Department of History also produced eminent
national historians such as the late Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Professor Emeritus Dato’ Wira Dr Mohd Yusoff Hashim and
Professor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali. In addition,we are proud to have great alumni such as Tuan Yang Terutama Tun Seri
Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (Governor of Melaka), Tun Daim Zainuddin (former Minister of Finance Malaysia), Dato’ Seri Utama
Haji Mohamad bin Haji Hasan (former Chief Minister of Negeri Sembilan), Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor (the fifth Inspector- General of
Police) and the late Tan Sri Datuk Dr Hj Mustapha Kamal bin Hj Abu Bakar (Executive Chairman of MK Land Holdings Berhad).