Page 309 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 309
AIM2013
Komunikasi Pemasaran
Marketing Communication
Kursus ini memperkenalkan konsep komunikasi pemasaran yang mengkaji aktiviti pemasaran berkordinasi dengan menekankan bidang
periklanan dan promosi. Bidang ini dipadukan dengan promosi jualan, pemasaran langsung, perhubungan awam, jualan personal dan
pemasaran Internet. Perhatian juga diberikan kepada perancangan strategik yang memastikan alat-alat pemasaran digunakan dengan
berkesan untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan untuk mencapai matlamat pemasaran.
This course introduces the concept of marketing communication, which involves the study of marketing activities, with an emphasis on
advertising and promotion. This field is integrated with sales promotion, direct marketing, public relation, personal selling, and Internet
marketing. Attention also will be given to strategic planning which ensures that marketing tools are used effectively to communicate with
customers and to achieve marketing goals.
AIM2014
Penulisan Kreatif
Creative Writing
Kursus ini membantu pelajar menguasai bidang penulisan kreatif dalam genre prosa dan puisi. Selain definisi dan sejarah sastera moden,
penekanan diberikan pada teknik dan kaedah penulisan genre prosa dan puisi. Pelajar juga akan dibimbing menggunakan bahasa yang
berkesan bagi menjayakan penulisan kreatif. Berbagai- bagai aliran sastera akan dibincangkan, dan pelajar akan digalakkan memilih
aliran dan jenis yang diminati dan dikuasainya.
This course helps students to master the field of creative writing in the genres of prose and poetry. In addition to the definition and history
of modern literature, emphasis will be on the techniques and methods of writing prose and poetry. Students are also taught to use
language effectively for the purpose of creative writing. A wide variety of literary genres will be discussed, and students will be encouraged
to choose the genre and type of interest and competence.
AIM2015
Pengurusan Komunikasi
Communication Management
Kursus ini memeprkenalkan konsep, definisi dan strategi pengurusan komunikasi bersepadu menggunakan sektor media di Malaysia.
Kursus ini juga menghuraikan teknik pembetukan mesej, pemilihan pacuan media cetak dan penyiaran serta membuat pemilihan bentuk
dedahan media yang berkesan seperti analisa pasaran, perbelanjaan & bajet, media, nombor indeks, kos, CPM, khalayak, capaian dan
kekerapan. Mengaplikasikan teknik pengurusan komunikasi seperti mendapatkan klien, pitching, pemilihan klien, perjanjian dan deskripsi
tugas melalui TOR, membentuk / mengurus akaun klien dan membina serta mereka-bentuk strategi komunikasi. Di akhir kursus pelajar
boleh mengendalikan pengurusan komunikasi komprehensif klien media.
This course introduce the concepts, definition and strategies of comprehensive communication management within the Malaysian media
sector. The course also dissecting the techniques of message development, print and broadcast media vehicle selections. Students also learn
the application of communication management techniques such getting the client, pitching, client selection, agreement and job description
using TOR, forming / managing client’s account and developing and designing communication strategies. By the end of this course student
will be able to execute a comprehensive communication management for a media client.