Page 65 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 65

Sarjana Muda Sastera Inggeris
                                               Jabatan Inggeris



                                          Bachelor of Arts English
                                           Department of English



            Jabatan  Inggeris  mempunyai  sejarah  yang  terbilang.  Ia  merupakan  Jabatan  Inggeris  tertua  di  negara  ini,  dan  boleh  mengesan

      permulaannya  kepada  penubuhan  Fakulti  Sastera  di  Universiti  Malaya  di  Singapura  pada  tahun  1949.  Jabatan  Inggeris  kemudiannya
      menjadi salah satu jabatan pertama Fakulti Sastera dan Sains Sosial ditubuhkan di kampus sekarang di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada
      tahun  1959.  Identiti  jabatan  yang  membezakannya  daripada  setiap  Jabatan  Inggeris  yang  lain  di  Malaysia,  terletak  pada  komitmen

      berterusannya  dari  segi  pengajaran  dan  pembelajaran  terhadap  liputan  pelbagai  kesusasteraan,  dari  kesusasteraan  tradisional  British
      (daripada  Chaucer  dan  Shakespeare  kepada  Victorians  dan  Modernists),  sehinggalah  ke  kesusasteraan  Malaysia  moden.  Melalui

      pengkhususan  dan  penyelidikan  staf  akademiknya,  Jabatan  ini  menawarkan  kepakaran  dalam  pelbagai  bidang  kesusasteraan,  termasuk
      kesusasteraan Zaman Pertengahan, kesusasteraan Renaissance, kesusasteraan Romantik, kesusasteraan Victoria, kesusasteraan Moden dan
      Pascamoden,  kesusasteraan  Postkolonial  (dengan  penekanan  dalam  kesusasteraan  Malaysia),  kesusasteraan  perjalanan,  Ekokritik,

      kesusasteraan Afrika, kesusasteraan Feminis, Drama moden, Teori sastera dan banyak lagi. Jabatan juga menawarkan kursus berasaskan
      amalan seperti Persembahan Teater dan Penulisan Kreatif. Selain daripada program Sarjana Muda kami, jabatan ini juga mempunyai badan

      pelajar  pasca  siswazah  (program  Sarjana  dan  Kedoktoran)  yang  dinamik.  Pengajaran,  penyelidikan  dan  aktiviti  profesional  kami  juga
      sentiasa  aktif,  dengan  kehadiran  ahli  fakulti  dan  penceramah  jemputan,  serta  penganjuran  seminar  dan  persidangan  di  peringkat
      kebangsaan dan antarabangsa. Kami pernah menganjurkan aktiviti akademik bersama para cendekiawan yang terkemuka seperti Michael

      Pearson, Gayatri Chakravorty Spivak, Scott Slovic, Ien Ang, Yasmine Gooneratne, Benedict Anderson, Harish Trivedi, Sukanta Chaudhuri dan
      Pheng Cheah. Alumni terkenal yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara termasuk Shirley Geoklin Lim, Razali

      Ismail, K.S. Maniam, Chin San Sooi, Rebecca Santa Maria, Malachi Edwin Vethamani, dan Leow Puay Tin.


          The Department of English has a distinguished history. It is the oldest Department of English in the country, and can trace its beginnings to

      the establishment of the Faculty of Arts at Universiti Malaya in Singapore in 1949. The Department of English subsequently became one of the
      first  departments  of  the  Faculty  of  Arts  and  Social  Sciences  set  up  on  the  present  campus  in  Lembah  Pantai,  Kuala  Lumpur  in  1959.  The

      department’s identity, which proudly sets it apart from every other Department of English in Malaysia, lies in its continued commitment to
      coverage of a broad range of literatures, from traditional British literature (Chaucer and Shakespeare to the Victorians and the Modernists), all
      the way to modern Malaysian literature. Through its academic staff’s specialization and research interests, the Department offers expertise in a

      wide  range  of  literary  fields,  including  Medieval  literature,  Renaissance  literature,  Romantic  literature,  Victorian  literature,  Modernist  and
      Postmodernist  literature,  Postcolonial  literatures  (with  a  strong  interest  in  Malaysian  literature),  Travel  literature,  Ecocriticism,  African

      literature,  Feminist  literature,  Modern  drama,  Literary  theory  and  more.  We  also  offer  more  practice-based  courses  such  as  Theatre
      Performance  and  Creative  Writing.  In  addition  to  our  undergraduate  enrolment,  the  department  has  a  lively  postgraduate  (Master’s  and
      Doctoral)  student  body.  Our  teaching,  research  and  professional  activities  are  also  regularly  energized  by  visiting  faculty  and  through  the

      convening of talks, seminars and conferences at both national and international levels. We have hosted distinguished scholars such as Michael
      Pearson, Gayatri Chakravorty Spivak, Scott Slovic, Ien Ang, Yasmine Gooneratne, Benedict Anderson, Harish Trivedi, Sukanta Chaudhuri and

      Pheng Cheah. Notable alumni who have contributed significantly to the development of the nation include Shirley Geoklin Lim, Razali Ismail,
      K.S. Maniam, Chin San Sooi, Rebecca Santa Maria, Malachi Edwin Vethamani, and Leow Puay Tin.
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70