Page 61 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 61
Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis
AlB3020
Geografi Sosial
Social Geography
Kursus ini mengenai geografi sosial yang merupakan satu cabang ilmu untuk memahami dunia sosial. Kursus ini akan mengkaji
hubungkait antara manusia dengan tempat serta ruang yang mereka bentuk dan lalui dalam menjalani kehidupan harian. Kursus
juga akan mengkaji mengenai perbezaan antara kelompok manusia yang kerapkali membawa konflik dalam kehidupan. Paksi
utama yang digunakan untuk mengkaji perbezaan ini adalah kelas, gender, etnisiti dan agama. Dalam kursus ini juga, pelajar
akan mampu menggunakan kaedah geografi untuk memahami fenomena sosial serta didedahkan kepada menjalankan kaji
selidik sosial di lapangan secara berkumpulan.
The course on social geography, which is a branch of science to understand the social world. This course will examine the
relationship between humans and place and space they went through in the form of daily life. The course will Olso examine the
differences between human groups that often led to conflict in life. The main axis is used to study the differences are class, gender,
ethnicity and religion. In this course, students will be able to use geographic methods to understand social phenomena and
disclosed to carry out social surveys in the field as a team.
AlB3021
Dinamika Bandar
Urban Dynamics
Kursus ini akan mengkaji konsep dan proses perbandaran serta memahami bagaimana proses perkembangan bandar berlaku.
Disamping itu dinamika bandar merupakan aspek penting yang wujud dalam proses perbandaran terutama dalam era
perkembangan bandar masa kini. Kursus ini turut mengkaji implikasi perkembangan bandar yang tidak terlepas daripada isu dan
masalah yang perlu ditangani.
The course will review concepts and processes to understand how the process of urbanization and urban development happen. In
addition, the dynamic of the city is an important aspect inherent in the process of urbanization, especially in today's era of
development. The course also examines the implications of urban development that cannot be separated from issues and problems
that need to be addressed.