Page 57 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 57
Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis
AIB2001
Pendekatan Sistem Dalam Geografi Fizikal
System Approach in Physical Geography
Kursus ini membincangkan penggunaan pendekatan analisis sistem dalam mengkaji bagaimana sistem-sistem geografi fizikal
berfungsi dalam konteks semula jadi dan apa akan berlaku bila sistem-sistem terjejas, samadasecara semula jadi atau pun di
sebabkan oleh manusia. Kursus ini mempunyiai dua peringkat, dan bermula dengan menjelaskan konsep asas dalam pendekatan
sistem termasuk definasi sistem, unsur sistem, kemasukan dan keluaran tenaga dan jirim, perhubungan dalam sistem,
perhubungan sistem dengan alam sekitar sistem, konsep tahap mantap dan keseimbangan dinamik, konsep entrofi dalam
sistem, pendekatan fungsi dan struktur dalam dalam sistem, pendekatan fungsi dan struktur dalam sistem, morfologi sistem,
struktur lata, proses – gerak balas dan struktur kawalan sistem. Peringkat kedua melibatkan aplikasi konsep asas analisis sistem
dalam mengkaji sistem- sistem utama geografi fizikal termasuk sistem global – Sistem Atmosfera Bumi, sistem rantauan –
Sistem Vegetasi, Sistem Lembangan Saliran dan Sistem Pinggir Laut, dan sistem tempatan – sistem Cerun Bukit, Sistem Alur
Sungai, dan sistem Tanih. Kursus ini juga akan membincangkan bagaimana isu-isu alam sekitar utama seperti Pemanasan
Global, Banjir, Kegagalan Cerun dan lain-lain di sebabkan oleh penjejasan kepada perhubungan dinamik semula jadi dalam
sistem-sistem geografi fizikal.
This course discusses the use of systems analysis approach to understand how Physical Geography Systems (PGS) functions in its
natural state and how human activities could affect the natural equilibrium. The course is divided into two parts. Part 1 describes
the fundamental concepts in systems analysis including definitions, system properties, energy and matter, interrelationships,
dynamic equilibrium, steady states, entropy, feedback mechanisms, systems thresholds etc. Part 2 applies these fundamental
concepts to Physical Geography System at different scales of spatial resolution. These include the Earth-Atmospheric System,
Regional Vegetation System, River Basin Systems and Coastal Systems; and also local systems such as hillslope systems, river
systems and soil systems. This course will also include discussions on several main environmental systems such as global warming,
flood, slope failure and others due to the changes of natural dynamic relations in physical geography systems.
AIB2002
Sistem Informasi Geografi
Geographic Information System
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada pengenalan Sistem Informasi Geografi, prinsip dan metodologi asas Sistem Informasi
Geografi (Geographical Information Sistems, GIS). Penekanan akan diberikan kepada pembangunan pangkalan data yang terdiri
daripada pengimbasan peta, georujuk peta, pendigitan peta dan kemasukan data ke dalam pangkalan data GIS. Selain itu,
tumpuan akan diberikan kepada teknik pengolahan data, analisis data vektor dan raster serta manipulasi peta menggunakan
perisian GIS dengan menggunakan teknologi informasi komputer.
This course introduces students to the introduction of the Geographical Information System, basic principles and methodology of
Geographical Information Systems (Geographical Information Systems, GIS). It emphasises database development which comprises
map scanning, georeferencing, map digitisation and data entry. The course also focuses on data and map manipulation using GIS
software and the information technology.