Page 3 - tinta jun2017
P. 3

Sekalung
                                                                                      Sekalung

                                                                                      Bicara
                                                                                      Bicara

                                                                                      Setitis
                                                                                      Setitis

                                                                                      Tinta

           Assalamualaikum            Warahmatullahhiwabarakatuh                      Tinta
           dan Salam Sejahtera.


           Menjelang  bulan  syawal  1438  Hijrah  ini,  pelajar-
           pelajar  Universiti  Malaya  akan  beransur-ansur
           pulang  selepas  menduduki  peperiksaan  Semester
           2 sesi 2016/2017. Pelajar-pelajar pastinya tidak sabar
           untuk pulang beraya di kampung halaman tercinta.

           Meskipun  teruja  dengan  hari  lebaran  yang  bakal
           menjelma,  pandulah  kenderaan  dengan  penuh
           cermat supaya kita semua dapat beraya disamping
           orang  orang tersayang.  Patuhilah  peraturan  jalan
           raya  dan  ikut  jadual  perjalanan  pulang  untuk
           berhari raya yang disediakan oleh pihak berkuasa
           agar keselamatan kita terjamin dan selamat.

           Keputusan peperiksan yang ditempuh baru-baru ini
           juga bakal diterima oleh pelajar-pelajar tidak lama
           lagi.  Diharapkan  pelajar-pelajar  berjaya  mendapat
           keputusan  yang  cemerlang  seiring  dengan  usaha
           dan  doa.  Bagi  yang  tidak  berjaya,  jangan  putus
           asa  dan  kuatkan  semangat  serta  rancanglah
           strategi  yang  berkesan  dan  sesuai  mengikut  cara
           pembelajaran masing-masing.

           Akhir kata, semoga cuti semester yang panjang kali
           ini  dapat  dimanfaatkan  sepenuhnya  oleh  pelajar.
           Isilah  masa  terluang  dengan  menjalankan  aktiviti
           yang  boleh  membina  sahsiah  diri  dan  jangan  lupa
           meluangkan masa bersama keluarga masing-masing.

           Sekian, terima kasih.









           YBHg. Profesor datuK dr. roHana Yusof
           Timbalan Naib Canselor
           Hal Ehwal Pelajar & Alumni
           Universiti Malaya
   1   2   3   4   5   6   7   8