Page 6 - tinta jun2017
P. 6

keluarga dan rakan-rakan, satu lagi keistimewaan  BerkonGsi sAHUr
            Selain  daripada  nikmat  berbuka  bersama
            Ramadan  adalah  peluang  untuk  bersahur  pada
            dinihari  bagi  persediaan  untuk  berpuasa  di   BersAmA Polis,
            sepanjang harinya. Walau bagaimanapun, untuk
            mereka  yang  berkerja  menurut  tempoh  masa    BomBA, DBkl
            tertentu, kesempatan bersahur ini mungkin tidak
            dapat dinikmati sebagaimana orang lain.
            Atas  kesedaran  itu,  sebuah  program  yang     sukarelawan dari swCorp, alam flora, dan universiti Malaya
            dinamai ‘Kunjung Sahur@KL’ anjuran Perbadanan    berkerjasama  mengagihkan  jamuan  sahur  untuk  anggota
            Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam     polis, bomba, dan petugas dBKl.
            (SWCorp), Alam Flora, dan Universiti Malaya (UM)
            telah diadakan baru-baru ini. Program pengagihan
            juadah sahur ini melibatkan anggota polis di Balai
            Polis  Pantai,  anggota  bomba  di  Balai  Bomba  dan
            Penyelamat Jalan Hang Tuah, dan petugas Dewan
            Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di kawasan Jalan
            Bunus 6, Kuala Lumpur.
            Seramai  70  orang  sukarelawan,  termasuklah
            mahasiswa  UM  dan  pegawai  dari  SWCorp  dan
            Alam  Flora,  telah  mengambil  bahagian  di  dalam
            program  yang  bermula  dari  jam  12  tengah
            malam dan berakhir jam 3 pagi ini. Program turut
            disertai  oleh  Timbalan  Ketua  Pegawai  Eksekutif
            (Pengurusan)  SWCorp,  Mohammad  Diah  Wahari;
            dan  Ketua  Pegawai  Eksekutif  Alam  Flora,  Dato’
            Zain Hassan.
                                                                Anggota  bomba berbaris untuk menerima sumbangan
                                                                juadah sahur daripada Mohammad Diah

            Program  ini  bukan  sahaja  melibatkan  pengagihan  makanan  kepada  petugas  yang  terlibat  di  setiap  destinasi,
            namun turut diselitkan dengan sedikit penerangan mengenai tugas yang dilaksanakan oleh mereka saban hari,
            kepada sukarelawan yang hadir. Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, contohnya merupakan balai bomba
            terbesar dan dilengkapi dengan pelbagai kenderaan dan kelengkapan terkini dalam mengendalikan kebakaran
            dan  kecemasan.  Para  sukarelawan  telah  meluangkan  masa  untuk  mengetahui  lebih  lanjut  mengenai  operasi
            sesebuah balai bomba, selain bergaul mesra dengan anggota bomba yang ada.
            Program yang julung kali diadakan dan melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan berkanun ini akan diteruskan
            untuk tahun-tahun akan datang, demi memperlihatkan keprihatinan kepada para petugas yang bertugas tanpa
            mengira waktu demi keselamatan , keamanan, dan kebersihan masyarakat.
            Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati melalui Siti Fatihah Nur Ismail di fatihah@swcorp.my




                                                    Sukarelawan bergambar kenangan bersama anggota polis di Balai
                                                    Polis Pantai














   Zain  (dua  dari  kanan)  menyampaikan
   juadah  sahur  anggota  polis  di  Balai  Polis
   Pantai












        Berita KOLEJ KEDIAMAN
   1   2   3   4   5   6   7   8