Page 3 - tinta mei2017
P. 3

SEKALUNG BICARA




               setitis tinta




               TIMBALAN NAIB CANSELOR
               HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI






               Mahasiswa  Universiti  Malaya  semakin  sibuk  di
               mana  bermulanya  minggu  peperiksaan  Semester
               2  Sesi  2016/2017.  Segala  ilmu  yang  telah  dipelajari
               sepanjang sesi pengajian Semester 2 telahpun diter-
               jemahkan ketika peperiksaan tempohari. Di samping
               peperiksaan Semester 2, bulan Ramadhan turut tiba
               dan  semua  muslimin  dan  muslimat  akan  menjalani
               ibadah puasa.

               Dengan kedatangan bulan Ramadhan ini, diharapkan
               akan  membantu  para  pelajar  yang  beragama  Islam
               untuk lebih beristiqomah dan bertabah dalam meng-
               hadapi peperiksaan mereka. Peperiksaan ini merupa-
               kan  satu  tanda  aras  kepada  pelajar-pelajar  setelah
               mengharungi minggu-minggu kuliah, penghantaran assignment, kelas tutorial, klinikal dan kuiz untuk melihat sejauh
               mana memahami apa yang telah dipelajari.

               Akhir  kata,  semoga  mahasiswa  Universiti  Malaya  berjaya  dalam  menjawab  peperiksaan  Semester  2  serta  mendapat
               keputusan  yang  cemerlang.  Saya  juga  ingin  mengambil  kesempatan  untuk  mengucapkan  Selamat  berpuasa  dan
               Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Semoga anda semua selamat pulang ke kampung halaman
               masing-masing.




               Sekian terima kasih.











               YBhg. Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof
               Timbalan Naib Canselor
               Hal Ehwal Pelajar & Alumni
               Universiti Malaya
   1   2   3   4   5   6   7   8