Page 4 - tinta mei2017
P. 4

4                                                                                      Berita
                                                                                                     HEPA

            “Chilling





                    with





                      Tok





                 Mad”





            Bahagian  Hal  Ehwal  Pelajar  dan  Alumni
            (HEPA)   Universiti   Malaya   telah
            menganjurkan sebuah program di antara
            pelajar  dan  alumni  bersama  dengan
            YAB  Dato’  Seri  Utama  Hj.  Mohamad  bin
            Hj.  Hasan  selaku  Menteri  Besar  Negeri
            Sembilan. Program yang dinamakan Lets
            Get  To  Know  Series:  In  Person  with  ini
            membolehkan  pelajar-pelajar  Universiti
            Malaya   bertanyakan   soalan   dan
            pandangan  dengan  Dato’  Seri  Utama
            Haji  Mohamad  Bin  haji  Hasan.  Program
            ini telah berlangsung pada 12 Mei 2017
            di  Auditorium  Kompleks  Perdanasiswa,
            Universiti  Malaya  dan  kehadiran  pelajar
            seramai 500 menjadikan program ini lebih
            meriah dan bermakna.


            Program ini merupakan sebuah program
            bersiri  anjuran  HEPA  dan  merupakan
            program  kali  kedua  diadakan.  Pada
            program  kali  pertama,  HEPA  telah
            menampilkan  YM  Tengku  Tan  Sri  (Dr.)
            Mahaleel  Tengku  Ariff  yang  juga
            merupakan alumni Universiti Malaya bagi
            tahun  1970.  Matlamat  penganjuran
            program  adalah  untuk  memperkenalkan
            alumni  terulung  yang  telah  membina
            kejayaan  dalam  pelbagai  bidang  kepada
            pelajar-pelajar   Universiti   Malaya.
            HEPA  berharap  agar  sesi  perkongsian
            ilmu  ini  dapat  memberi  manfaat  dan
            motivasi  kepada  pelajar  dan  seterusnya
            dapat  menyuntik  semangat  mereka
            untuk melakar kejayaan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9