Page 9 - tinta mei2017
P. 9

U2                           9






                                                                     DESA








                                                                     UMEC dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar
                                                                     Bandar  dan  Wilayah  (KKLW)  telah  menganjur  Majlis
                                                                     Pelancaran  Program  Balik  Kampung  Usahawan  Belia
                                                                     Pengajian  Tinggi  (U2DESA)  telah  berlangsung  dengan
                                                                     jayanya pada  16 Mei 2017 di Dewan Tunku Canselor,
                                                                     Universiti  Malaya  (UM).  Program  Balik  Kampung
                                                                     Usahawan  Belia  Pengajian  Tinggi  (u2Desa)  adalah
                                                                     merupakan  inisiatif  daripada  Kementerian  Kemajuan
                                                                     Luar  Bandar  dan  Wilayah  (KKLW)  dengan  kerjasama
                                                                     Universiti  Malaya  dan  Universiti  Kuala  Lumpur.
                                                                     Program  kerjasama  U2DESA  ini  bertujuan  untuk
                                                                     mewujudkan  jaringan  kerjasama  dan  sinergi  antara
                                                                     pelajar  IPTA/IPTS  dan  Jawatankuasa  Kemajuan
                                                                     Kampung  (JKKK)  dalam  pembangunan  luar  bandar
                                                                     melalui keusahawanan sosial.

                                                                     Mahasiswa/i  yang  terlibat  dalam  program  ini  akan
                                                                     berpeluang berkongsi ilmu keusahawanan yang mereka
                                                                     ada kepada penduduk setempat melalui penyampaian
                                                                     idea  yang  kreatif  dan  lebih  berinovatif  dalam
                                                                     menjadi  penyelesai  kepada  masalah  sosial  yang
                                                                     ada  di  kampung  dengan  memanfaatkan  sepenuhnya
                                                                     dan  memajukan  segala  apa  yang  ada  di  sekitar
                                                                     kampung.  Usaha  ini  merupakan  satu  usaha  yang
                                                                     murni  dimana  mahasiswa  bukan  sahaja  dapat
                                                                     mencipta kejayaan dan menjana pendapatan malahan
                                                                     dapat  menjadi  seorang  usahawan  yang  mampu
                                                                     merangsang kepada perkembangan ekonomi komuniti
                                                                     desa   disamping   sebagai   penyelesaian   kepada
                                                                     masalah sosial yang ada di kampung itu sendiri.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14