Page 11 - E-TINTA jan
P. 11

11

               Universiti Malaya menjadi tempat bermulanya Transformasi Nasional 2050 (TN50) di mana satu sesi Dialog Perdana 2050



































































               Transformasi Nasional (TN50) antara Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak bersama belia-belia
               seluruh negara telah diadakan di Dewan Tunku Canselor pada 19 Januari 2017. Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni
               telah diamanahkan oleh Naib Canselor untuk menjadi pengantara kepada penganjur program iaitu Kementerian Belia
               & Sukan. TN50 merupakan suatu inisiatif jangka panjang untuk membentuk Malaysia menjadi negara aspirasi rakyat.
               Perdana Menteri berkata, TN50 yang bertemakan Membina Masa Depan Bersama adalah bagi membentuk satu negara
               bangsa yang benar-benar serta berminda cemerlang. Program ini disertai lebih 500 belia dari pelbagai latar belakang dan
               turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi, Menteri Belia dan Sukan, YB En Khairy Jamaluddin ,
               Jemaah Menteri, Naib Canselor Universiti Malaya, Tan Sri Prof. Dr Mohd Amin Jalaludin dan juga Timbalan Naib Canselor
               Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16