Page 7 - E-TINTA jan
P. 7

7


                                                                          Menurut  Pengerusi  Jawatankuasa  Misi  Banjir
                                                                          kali ini, Tn Hj Yusof Harun yang juga merupakan
                                                                          Timbalan  Pendaftar  (HEPA).  “..bantuan  ini
                                                                          bertujuan  meringankan  beban  mangsa  banjir
                                                                          yang  terjejas  dengan  keadaan  ini.  Ada
                                                                          antara mangsa yang kehilangan mata pencarian
                                                                          dalam tempoh banjir berlangsung dan bantuan
                                                                          ini  sedikit  sebanyak  membantu  mereka.  Misi
                                                                          kali  ini  juga  melibatkan  sukarelawan  pelajar
                                                                          kerana memberi pendedahan dan pengalaman
                                                                          kepada  mereka  tentang  kerja  lapangan
                                                                          kesukarelaan,  membantu  komuniti  yang
                                                                          memerlukan  dan  prihatin  dengan  kesusahan
                                                                          yang  dihadapi  oleh  masyarakat.  Pada  masa
                                                                          yang  sama,  pelajar  memperoleh  kemahiran
                                                                          merancang,   mengorganisasi,   memimpin
                                                                          dan  bekerja  dalam  pasukan  untuk  mencapai
                                                                          objektif misi..”.

                                                                          Seramai  40  orang  pelajar  UM  dan  staf
                                                                          di Nilam Puri telah turut serta dalam misi kali
                                                                          ini  untuk  kerja-kerja  pengagihan  bantuan
                                                                          kepada mangsa banjir dan kerja pembersihan
                                                                          sekolah  dan  masjid  di  Rantau  Panjang.  Misi
                                                                          ini  akan  berlangsung  selama  3  hari  bermula
                                                                          12  Januari  hingga  14  Januari  2017.  Seluruh
                                                                          warga  kampus  Universiti  Malaya  mendoakan
                                                                          kejayaan  misi  kali  ini  dan  mengharapkan
                                                                          kesejahteraan  dan  keselamatan  buat  mangsa
                                                                          banjir di Kelantan.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12