Page 3 - E-TINTA jan
P. 3

SEKALUNG BICARA




               setitis tinta




               TIMBALAN NAIB CANSELOR
               HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI






               Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh dan
               Salam Sejahtera.

               Alhamdulillah  dan setinggi-tinggi tahniah  diucapkan
               kepada  semua  jawatankuasa  yang  terlibat  dalam
               memastikan  penerbitan  Majalah  E-TINTA  secara
               bulanan bermula Januari 2017 ini berjaya diterbitkan.
               Semoga  dengan  penjenamaan  baharu  majalah  ini
               dapat  memberikan  semangat  kepada  semua  warga
               Hal  Ehwal  Pelajar  &  Alumni  dalam  usaha  menyam-
               paikan  perkhidmatan  dan  menyediakan  program
               pembangunan  yang  terbaik  kepada  para  maha-
               siswa/i.  Di  kesempatan  ini  juga  saya  merakamkan
               ucapan  tahniah  dan  selamat  datang  kepada  sera-
               mai 305 orang mahasiswa/i baharu Sarjana Muda kemasukkan Februari 2017 kerana berjaya melanjutkan pengajian ke
               Universiti Malaya.

               Sebagai warga Universiti Malaya, kita seharusnya bekerjasama bagi membantu universiti meningkatkan taraf pencapaian
               kecemerlangan di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Selain itu, sentiasa bersedia untuk menambah baik segala
               aspek yang positif dalam diri serta menjadi pelajar yang berdaya saing bagi menjamin masa depan yang lebih baik dan
               cerah. Tahun 2017 merupakan tahun yang sangat mencabar baik dari sudut ekonomi negara dan juga peluang pekerjaan
               yang lebih kompetetif. Hanya graduan yang positif, berdaya saing dan cemerlang dari segi akademik dan kemahiran
               sahsiah  mampu mengaharungi cabaran ini.

               Sehubungan dengan itu, diharapkan penjenamaan baru E-TINTA  ini, dapat membantu para mahasiswa/i untuk mengenali
               HEPA dengan lebih dekat lagi.

               Akhir kata, saya berdoa dan berharap agar para mahasiswa/i dapat memberikan sumbangan yang boleh membanggakan
               universiti, seperti mana kami bangga dengan anda semua menjadi sebahagian daripada kami di varsiti yang tercinta ini.

               Sekian, terima kasih.





               YBhg. Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof
               Timbalan Naib Canselor
               Hal Ehwal Pelajar & Alumni
               Universiti Malaya
   1   2   3   4   5   6   7   8