Page 2 - Annual Report 2017
P. 2

1.  PENDAHULUAN

                   Tahun 2017 adalah tahun yang mencabar bagi PTM dalam menyediakan perkhidmatan
                   ICT  dengan  mengambilkira  potongan  bajet  yang  lebih  separuh  daripada  jumlah
                   peruntukan  yang  diterima  pada  tahun-tahun  sebelumnya.  Dengan  jangkaan  bahawa
                   situasi ini akan berlarutan, PTM telah memberi penekanan kepada perbelanjaan berhemah,
                   mengutamakan projek-projek kritikal dan menumpukan kepada aktiviti yang menyumbang
                   kepada penjanaan pendapatan. Pada tahun 2017, PTM telah merekodkan peningkatan
                   pendapatan sekitar 80% hasil daripada aktiviti komersalisasi berbanding tahun 2016.

                   2017  juga  menyaksikan  Universiti  Malaya  telah  dipilih  oleh  Kementerian Pengajian  Tinggi
                   sebagai  perintis  bagi  inisiatif  menaiktaraf  kapasiti  talian Internet  Universiti Awam.  Melalui
                   projek ini Universiti Malaya akan dibekalkan dengan talian berkapasiti 100 Gbps.  Usaha
                   awal ke arah ini telah dimulakan sekitar bulan Julai 2017. Kemudahan  ini akan dinikmati
                   oleh warga Universiti Malaya setelah projek ini siap sepenuhnya.

                   Bagi  menyokong  Universiti  dalam  membuat  keputusan  berdasarkan  data  (data  driven
                   decision making), PTM terus fokus dalam usaha meningkatkan aktiviti Big Data@PTM dengan
                   menyediakan Enterprise Data Hub untuk UM . Projek rintis Internet-of-Things telah dimulakan
                   dengan beberapa Pusat Tanggungjawab (PTj) dengan harapan data yang terkumpul kelak
                   dapat  dianalisis  untuk  pembuatan  keputusan  yang  lebih  tepat  oleh  pihak-pihak
                   berkepentingan. Usaha ini juga bertepatan dengan era Revolusi Industri 4.0 yang melanda
                   secara global kini.

                   Pusat Data berkeluasan 2500 kaki persegi telah siap dibina pada tahun 2017, dengan kapasiti
                   maksimum  40  unit  rak  rangkaian/server  bersaiz  42U.  Fasiliti  ini  dilengkapi  dengan  sistem
                   pemantauan  dikenali  sebagai  Enviroment  Monitoring  System  (EMS)    yang  berupaya
                   mengesan  suhu,  kelembapan,  kebakaran,  Uninterruptable  Power  Supply  (UPS)  dan
                   penggunaan  elektrik  dan  seterusnya  mengeluarkan  alert  apabila  persekitaran  melepasi
                   tahap normal. Selain daripada itu sambungan rangkaian ke setiap rak berupaya menyokong
                   kelajuan sehingga 40Gbps. Keadaan ini membuka peluang kepada penjanaan pendapatan
                   melalui sewaan rak rangkaian kepada pihak luar yang berminat.


                   Pencapaian  PTM  dalam  mengekalkan  prestasi  perkhidmatannya  dan  berinovasi turut
                   diiktiraf  di  peringkat  Universiti  dan  antarangbangsa.  PTM  telah  memenangi  pingat  emas
                   bagi  Sistem  e-Convo  pada  tahun  2017  yang  telah  dipertandingkan  dalam  National
                   Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEX’17) di Politeknik Sultan
                   Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah dan Innovative Research, Invention & Application
                   Expo (IRIA 2017) bertempat di Universiti Utara Malaysia. Badan pensijilan Sirim Sdn Bhd pula
                   telah mengesahkan pematuhan PTM terhadap piaiwai Information Security Management
                   System ISO/IEC 27001:2013 dengan mengekalkan pensijilan tersebut untuk tempoh setahun
                   lagi.  Semenjak  Julai  2015 sehingga kini  laman  web  rasmi  Universiti  Malaya  berjaya
                   mengekalkan  kedudukan  pertama  di  kalangan  laman  web Universiti  Awam  di  Malaysia
                   melalui penarafan Webometrics Ranking of World Universities.






                                                       Page 1 of 24
   1   2   3   4   5   6   7