Page 3 - Annual Report 2017
P. 3

2.  PENCAPAIAN UTAMA

                   Berikut adalah aktiviti utama yang telah dijayakan oleh PTM pada tahun 2017.

                    Penambahbaikan Perkhidmatan Rangkaian, UM


                    Sepanjang tahun 2017, Pusat Teknologi Maklumat melalui Bahagian Infrastruktur Rangkaian
                    telah  melaksanakan  beberapa  projek  dan  inisiatif  bagi  memastikan  perkhidmatan
                    rangkaian di Universiti Malaya terus mantap dan efisen.

                    Pelbagai  projek  baru  bagi  tujuan  peningkatan  serta  projek  penyelenggaraan  telah
                    dilaksanakan  pada  tahun  2017.  Kesemua  projek-projek  tersebut  telah  menggunakan
                    peruntukan  OCAR  dan  Tabung  Yuran      yang  berjumlah  RM  6,530,595.41  juta  dan
                    dilaksanakan  oleh  Bahagian  Infrastruktur  Rangkaian.  Disenaraikan  pecahan  peruntukan
                    yang telah digunakan oleh BIR sepanjang tahun 2017.


                            Bil                 Butiran                   Jumlah Perbelanjaan (RM)

                             1.   Penaiktarafan Perkakasan Rangkaian    RM 1,546,637.40

                             2.   Penggantian    dan     Penaiktarafan  RM 1,338,250.00
                                 Wireless Access Point Fasa 3
                             3.   Penyelenggaraan  Data  Point  dan  RM 446,760.80
                                 Gentian Fiber

                             4.   Sewaan  Talian  Internet  dan  Bayaran  RM 3,198,947.21
                                 Lesen Perkakasan


                    Berikut adalah projek utama rangkaian pada tahun 2017 :

                      A.  Penambahbaikan Sistem Wireless UM Fasa 3

                         Tahun 2017 merupakan tahun ke-3 pelaksanaan projek penaiktarafan sistem wireless
                         di Universiti Malaya. Ianya merupakan projek fasa ke 3 yang meliputi penggantian
                         dan pemasangan 750 Unit Wireless Access Point berteknologi terkini 802.11ac.

                         Fasa ini telah melengkapkan semua bangunan di UM dengan kemudahan capaian
                         wireless. Pastinya semua pelajar dan kakitangan akan memanafaatkan kemudahan
                         ini sebaik mungkin untuk tujuan pembelajaran, pengajaran serta tugasan harian.

                         Projek  ini  telah  siap  sepenuhnya  pada  hujung  Disember  2017.  Pengujian
                         menunjukkan  kelajuan  wifi  telah  ditingkatkan  daripada  purata  5Mbps  kepada
                         60Mbps bagi setiap akses ke rangkaian internet. Liputan signal wireless juga telah
                         merangkumi semua lokasi dan tempat-tempat strategik di dalam kampus.

                         Dibawah merupakan maklumat bilangan dan lokasi pemasangan Wireless Access
                         Point di fakulti yang terlibat dalam fasa ke-3.


                                                       Page 2 of 24
   1   2   3   4   5   6   7   8