Page 14 - sains_eksesais
P. 14
13 SARJANA MUDA SAINS SUKAN (SAINS EKSESAIS) SESI AKADEMIK 2018/2019
OBJEKTIF PROGRAM IJAZAH SARJANA
MUDA SAINS SUKAN (SAINS EKSESAIS)
Objektif program adalah untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi di dalam Sains
Eksesais. Para graduan yang terlibat secara langsung ataupun tidak di dalam bidang ini akan
dapat menjana idea-idea, membawa arus perubahan dan membangunkan disiplin ini melalui
kaedah saintifik yang terkini, memulakan dan meneruskan jalinan kerja yang kuat serta
mempunyai kemahiran membuat keputusan yang mantap.
Program berpusatkan pelajar ini akan membolehkan seseorang itu mengikuti suatu program
multi-disiplin secara sistematik dan berkesan. Program ini juga direka untuk menyediakan
pelajar dengan kemahiran penting yang mampu mengembangkan keilmuan Sains Sukan
secara praktikal atau akademik. Sebahagian daripada proses pembelajaran ialah supaya
pelajar dapat mempamerkan kebolehan melaksanakan penyelidikan asas di dalam bidang
sukan. Latihan akademik seperti ini dijangka akan dapat memantapkan dan membangunkan
kepimpinan para pelajar dalam ilmu Sains Sukan di mana mereka akan berupaya
mempraktikkan teori dan model saintifik mutakhir di dalam suasana sukan tempatan. Ini
seterusnya akan menimbulkan minat dan menggalakan pelajar untuk terlibat di dalam proses
pembelajaran sepanjang hayat.
Hasilnya, pelajar akan dapat menilai secara kritis isu sukan tempatan dan antarabangsa
disamping mempamerkan kemahiran sosial dalam ikthisas, persepsi, pendapat dan sikap
dalam menguruskan organisasi sukan. Tambahan pula, program ini direka untuk memberi
penekanan kepada pemurnian kemahiran pengurusan dan keusahawanan pelajar untuk terus
berdaya saing di dalam industri sukan, contohnya melalui kursus Latihan Industri.
Bagi mencapai matlamat di atas, penekanan akan diberi untuk memastikan para graduan
Sains Eksesais akan mempunyai kemahiran asas seperti di bawah:
(1) Pengamal Sukan - terlibat dan memahami keperluan profesional sukan.
(2) Penyelidik - mempunyai kefahaman dan kemahiran yang kukuh di dalam
prinsip-prinsip penyelidikan.
(3) Pemimpin - mempunyai kemahiran memimpin dan berkeyakinan untuk
menjadi ketua, penggerak yang berinisiatif tinggi.
(4) Pembuat - mempunyai daya pemikiran yang rasional serta berkemahiran
Keputusan untuk membuat penilaian serta keputusan di dalam bidang
berkaitan.
(5) Bijak - mampu berkomunikasi dengan baik dan berupaya
berkomunikasi menyampaikan ilmu Sains Eksesais kepada pihak lain.