Page 15 - sains_eksesais
P. 15
14 SARJANA MUDA SAINS SUKAN (SAINS EKSESAIS) SESI AKADEMIK 2018/2019
STRUKTUR, JANGKAMASA DAN KAEDAH
PENGAJIAN
Program ini adalah pengajian sepenuh masa dimana para pelajar perlu mendaftar dan lulus
kursus minima dengan mata gred C berjumlah 126 jam kredit. Struktur program pengajian
adalah seperti berikut;
Kursus Elektif Kursus Elektif
Kursus Teras Kursus Kursus Teras Program
Universiti Teras Fakulti Program Fakulti
9 Jam Kredit 30 Jam Kredit
24 Jam Kredit 9 Jam Kredit 54 Jam Kredit
Selain dari itu, para pelajar adalah diperlukan untuk mendaftar dan lulus kursus fakulti dan
elektif seperti yang ditentukan oleh pihak Universiti dari semasa ke semasa.
Jangkamasa pengajian adalah seperti berikut:
(i) Tempoh minimum = 7 semester
(ii) Tempoh maksimum = 11 semester
Kaedah penyampaian program adalah melalui kombinasi sesi kuliah berdasarkan teori
bersemuka (face to face - F2F), pendekatan pembelajaran berpandu (sebagai contoh tutorial
dan perbincangan kumpulan), pendekatan pengajaran berteraskan pelajar (sebagai contoh
kerja lapangan, tugasan bertulis, pembentangan) dan latihan industri (praktikal).
KAEDAH PENILAIAN & PEMBERATAN
\
Kemajuan pelajar dinilai melalui pelbagai kaedah, antaranya ialah latihan ilmiah/kertas projek
yang meliputi penulisan, tugasan kerja-kerja praktikal dan amali, pembentangan kertas kerja
dan analisis teori. Pemberatan penilaian bagi semua kursus di bawah program Ijazah Sarjana
Muda Sains Sukan (Sains Eksesais) kecuali kursus-kursus yang ditawarkan oleh fakulti lain
adalah seperti berikut:
1. Kursus : Penilaian Berterusan – 60% dan Peperiksaan Akhir – 40%
2. Projek Penyelidikan : Penilaian Berterusan – 100%
3. Internship Sains Eksesais : Penilaian Berterusan – 100%
Walaupun penilaian berterusan dari segi aktiviti, ujian praktikal dan ujian berterusan
ditekankan, peperiksaan juga merupakan komponen terpenting di dalam struktur kurikulum
melalui kursus-kursus tertentu yang ditetapkan dengan peratusan sebanyak 40%.