Page 273 - Buku Panduan Program Sarjana Muda APIUM 20262027-reduce
P. 273

IIU4002 Latihan Industri / Industrial Training

                Kredit / Credit               :  5
                Prasyarat Kursus / Course     :  Tiada / None
                Pre-requisite(s)
                Bahasa Pengantar / Medium     :  Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris / Malay Language &
                of Instruction                   English Language

                Hasil Pembelajaran Kursus / Learning Outcomes
                Pada akhir kursus ini, pelajar dapat: atau setelah menamatkan kursus ini, pelajar berupaya untuk:
                At the end of the course, students are able to:

                  1     Mengintegrasikan teori dari kuliah dengan amali di tempat latihan industri dijalankan.
                        To integrate the theories learned from lectures practically in industrial training place.
                  2     Mengamalkan sikap yang positif terhadap kerja dan profesionalisme.
                        To practice positive attitude towards works and professionalism
                  3     Menunjukkan  keupayaan dalam menyelesaikan  masalah  dan mempunyai pembelajaran
                        kendiri.
                        To exhibit the ability to solve problems and self-learning.

                Sinopsis Kandungan Kursus / Synopsis of Course Content

                Pelajar akan menjalani latihan industri sekurang-kurangnya 12 minggu  dalam organisasi (iaitu
                swasta, awam atau NGO) sama ada di dalam negara atau di luar negara. Kandungan latihan ini akan
                ditentukan oleh majikan masing-masing dengan nasihat daripada program. Semasa latihan pelajar
                akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti organisasi yang berkaitan dengan unsur-unsur utama bidang
                pengajian  Islam  dan  sains.  Tujuan  utama  latihan  industri  ialah  supaya  pelajar  menggunakan
                pengetahuan yang  diperoleh di universiti dan mengintegrasikannya dengan persekitaran kerja
                sebenar. Pelajar berpeluang memperoleh kemahiran praktikal dan pengalaman bekerja bersama
                pakar-pakar di tempat latihan industri dalam mengendalikan projek-projek yang diminta. Kursus ini
                juga menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti majikan yang berpotensi di samping
                mempunyai  pandangan lebih baik dalam perkembangan kerjaya di  bidang  pengajian Islam dan
                sains.

                Students will undergo industrial training at least 12 weeks in the organization (i.e. private, public, or
                NGO) either in the country or abroad. The training content will  be  determined  by the respective
                employer with  advice from the  programme. During the training, students will be exposed to the
                activities of organizations that are closely related to key elements of Islamic studies and science. The
                main purpose of this industrial training  is to enable students to use their knowledge gained  at
                university and integrate it with the actual working environment. It also provides opportunities for
                students to acquire practical skills and experience working on projects alongside industry experts.
                This course also provides opportunities for students to identify potential employers as well as have
                a better outlook on career development in the field of Islamic studies and science.

                Kaedah Pentaksiran / Assessment Methods
                Pentaksiran  Berterusan  /  Continuous  :  100%
                Assessment
                Peperiksaan Akhir / Final Examination    :  -















                                                                                                               247
   268   269   270   271   272   273   274   275   276   277   278