Page 4 - Buku Panduan Program Sarjana Muda APIUM 20262027-reduce
P. 4

PERUTUSAN DARIPADA TIMBALAN DEKAN (IJAZAH DASAR)
                      Foreword from the Deputy Dean (Undergraduate Studies)

                                                     ِ مﯾ ِ ﺣ ﱠ رﻟا نﻣْﺣ ﱠ رﻟا  ِﷲ  ِ مْﺳِﺑ
                                                         ِ َ

               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh and warm greetings.

               Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas limpah rahmat dan inayah-Nya. Selawat dan salam ke atas
               junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
               Alhamdulillah, all praise is due to Allah SWT for His abundant blessings, mercy, and guidance. May peace
               and blessings be upon our beloved Prophet Muhammad SAW, his family, and his Companions.

               Saya  mengalu-alukan  kehadiran  para  pelajar  ke  Akademi  Pengajian  Islam,  Universiti  Malaya  (APIUM),
               sebuah institusi yang terus komited dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan dalam
               bidang Pengajian Islam. Buku Panduan Program Ijazah Dasar sesi 2026/2027 ini disediakan sebagai rujukan
               utama bagi membantu para pelajar memahami struktur pengajian, merancang jadual pengajian, memahami
               struktur kandungan kursus dan keperluan bagi perjalanan pembelajaran sepanjang berada di APIUM.
               It is my great pleasure to welcome all students to the Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya (APIUM),
               an institution that remains steadfast in its commitment to advancing excellence in education and research in
               the field of Islamic Studies. The Undergraduate Programme Handbook for the 2026/2027 Academic Session
               has  been  prepared  as  an  essential  reference  to  assist  students  in  understanding  the  structure  of  their
               programmes, planning their studies, familiarising themselves with course content and requirements, and
               navigating their academic journey throughout their time at APIUM.

               APIUM  menawarkan  tujuh  program  Ijazah  Dasar  yang  dirangka  bagi  memenuhi  perkembangan  ilmu,
               keperluan masyarakat dan cabaran semasa. Setiap program menggabungkan kekuatan tradisi keilmuan
               Islam  dengan  pendekatan  akademik  kontemporari,  di  samping  membina  keupayaan  intelektual,
               profesionalisme,  kepimpinan  dan  sahsiah  mahasiswa.  Pendekatan  ini  selaras  dengan  aspirasi  Universiti
               Malaya untuk melahirkan graduan berilmu, berintegriti dan mampu memberikan sumbangan bermakna pada
               peringkat nasional dan global.
               APIUM offers seven undergraduate programmes, carefully designed to respond to developments in
               knowledge, societal needs, and contemporary challenges. Each programme integrates the strengths of the
               Islamic intellectual tradition with contemporary academic approaches, while fostering students’ intellectual
               capabilities, professionalism, leadership qualities, and character development. This approach is aligned with
               Universiti Malaya’s aspiration to nurture knowledgeable and principled graduates who possess integrity and
               are capable of making meaningful contributions at both national and global levels.

               Para pelajar disarankan agar memanfaatkan buku panduan ini dengan sebaik-baiknya serta memahami
               segala peraturan, struktur kurikulum dan keperluan program masing-masing. Kejayaan di universiti bukan
               sekadar diukur melalui pencapaian akademik, tetapi turut tercermin pada kematangan pemikiran, kekuatan
               nilai, adab, integriti serta kesediaan menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.
               Students are strongly encouraged to make full use of this handbook and to familiarise themselves with the
               relevant academic regulations, curriculum  structures, and requirements of their respective programmes.
               Success at university is measured not merely by academic achievement, but also by intellectual maturity,
               strong values, good character (adab), integrity, and a commitment to contributing to religion, society, and the
               nation.

               Akhir kata, saya mengucapkan selamat menempuh perjalanan ilmu di Akademi Pengajian Islam. Semoga
               pengalaman pengajian di APIUM menjadi landasan kepada pembentukan generasi ilmuwan dan profesional
               Muslim yang berwibawa, berhikmah serta mampu memimpin perubahan yang membawa kemaslahatan
               sejagat.
               In closing, I wish all students a rewarding and enriching journey in the pursuit of knowledge at the Academy
               of Islamic Studies. May your educational experience at APIUM serve as a strong foundation for developing
               a new generation of distinguished Muslim scholars and professionals who embody wisdom, credibility, and
               the capacity to lead meaningful change for the greater good of humanity.

               PROFESOR MADYA DR. KHADHER BIN AHMAD
               Timbalan Dekan (Ijazah Dasar) / Deputy Dean (Undergraduate Studies)
               Akademi Pengajian Islam / Academy of Islamic Studies
               Universiti Malaya



                                                                                                                2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9