Page 6 - Buku Panduan Program Sarjana Muda APIUM 20262027-reduce
P. 6
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
Academy of Islamic Studies
VISI / Vision
Sebuah Akademi Pengajian Islam bertaraf global yang memberi impak kepada
dunia / A global Academy of Islamic Studies impacting the world
Beriltizam untuk mencapai kecemerlangan bertaraf dunia dalam penyelidikan
berimpak tinggi dan penciptaan ilmu pengetahuan, serta teguh dalam memacu
kemajuan akademik dan pencapaian ilmiah, Akademi Pengajian Islam beraspirasi
untuk menjadi peneraju dalam meneroka sempadan baharu ilmu pengetahuan dan
menghasilkan penemuan-penemuan baharu, seterusnya membentuk masa depan
manusia sejagat.
Akademi Pengajian Islam (APIUM) mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap
penyelesaian berteraskan masa hadapan, kerjasama strategik dan pemerkasaan
intelektual, yang disokong oleh kecemerlangan berterusan dalam penyampaian
perkhidmatan yang holistik. Sehubungan itu, Akademi memimpin masyarakat, sama
ada di peringkat tempatan, serantau mahupun global, ke arah suatu era baharu
transformasi ilmu yang mampu memberikan impak besar kepada tamadun,
kemanusiaan dan dunia.
Driven to achieve world-class distinction in high impact research and knowledge
creation, and resolute in the advancement of academic and scholarly milestones,
Academy of Islamic Studies envisions itself as a leader charting new frontiers of
knowledge and inventing new breakthroughs, thus shaping the future of humankind.
Academy of Islamic Studies (APIUM) has a strong conviction about future-driven
solutions, strategic collaborative drives, and intellectual revitalisation, tied with an
unfailing eminence in providing holistic services. Because of this, the Academy leads
society, whether locally, regionally, or globally, towards a new dawn of knowledge
transformation which will strongly impact civilisations, humanity and the world.
4

