Page 6 - Buku Panduan Jabatan Kesusasteraan Melayu
P. 6

PELAJAR ANTARABANGSA

             2.1    Pemohonan bukan warganegara yang ingin mengikuti program Sarjana Muda di Universiti Malaya hendaklah tamat dan
                    lulus sekurang-kurangnya dua belas (12) tahun pengajian serta memperolehi kelayakan seperti berikut:

                     a)   Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/
                         A-Level/IB/Setaraf;

                                                          atau

                     b)   Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh Universiti dengan
                         mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;

                                                          dan

                     c)       Memperolehi keputusan yang berikut dalam salah satu (1) peperiksaan kecekapan Bahasa Inggeris yang
                         dinyatakan di bawah:
                          i.   skor 500 (PBT), 173 (CBT) atau 60 (IBT) dalam Test of English as a Foreign Language (TOEFL);
                          ii.   band 5.0 dan ke atas bagi International English Language Testing System (IELTS) (Academic);
                         iii.   band 3 dan ke atas dalam Malaysian University English Test (MUET);
                         iv.   skor 41 dan ke atas Pearson Test of Academic English (PTE Academic);
                          v.   gred C dan ke atas bagi subjek Bahasa Inggeris untuk General Certificate of Education (A-Level), University
                              of Cambridge;
                         vi.   gred C dan ke atas bagi subjek Bahasa Inggeris untuk General Certificate of Secondary Education (O-
                              Level), University of Cambridge;
                         vii.   gred C dan ke atas dalam Cambridge Assestment English: First (FCE).

                                                              dan

                     d)      Memenuhi keperluan syarat khas kemasukan ke program pengajian yang berkenaan.


             2.2   Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan
                Orang Kurang Upaya kepada tujuh (7) kategori utama ketidakupayaan seperti berikut:

                   No.              Kategori                               Penjelasan
                    1.    Kurang Upaya Penglihatan    Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua
                                                      belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau
                                                      tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan
                                                      alat bantuan pendengaran.

                                                      Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU
                                                      pendengaran, iaitu:

                                                      Minima (Mild) - (2-<30 dB)
                                                                               (untuk orang dewasa)
                                                      Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB)
                                                      Teruk (Severe) - 60 - < 90db)
                                                      Sangat teruk (Profound) - (> 90 dB)

                    2.    Kurang Upaya Penglihatan    Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad
                                                      sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan
                                                      menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta
                                                      sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada:

                                                      Buta (Blind)
                                                      Penglihatan  kurang  daripada  3/60  pada  mata  yang  lebih  baik
                                                      walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan
                                                      penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation;

                                                      Penglihatan Terhad
                                                      (Low Vision / Partially Sighted)
                                                      Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih
                                                      baik  daripada  3/60  walaupun  dengan  menggunakan  alat  bantu
                                                      penglihatan  atau  medan  penglihatan  kurang  daripada  20  darjah
                                                      daripada fixation.

                    3.    Kurang Upaya Fizikal        Seseorang  yang  mengalami  ketidakupayaan  anggota  badan  sama
                                                      ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-
                                                      mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang
                                                      tidak  sempurna  yang  mana  keadaan  ini  akan  menjejaskan
                                                      keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam ketegori ini ialah kerdil,
                                                      kudung  tangan  atau  kaki  atau  keduanya,  kudung  ibu  jari  tangan,
                                                      lumpuh,  spina  bifida,  muscular  dystrophy  dan  cerebral  palsy.  Bagi
                                                      kekurangan  (impairment)  yang  tidak  menjejaskan  fungsi  seperti
                                                      kudung  satu  jari,  mempunyai  6  jari  atau  lebih  dan  tidak  ada  atau
                                                          5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11