Page 3 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2025
P. 3
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
KATA ALU-ALUAN
DEKAN APM
Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya,
kita dapat menerbitkan buletin bulanan edisi 4, Julai-Ogos 2025. Sebagai sebuah komuniti
ilmu, kita bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan pengetahuan, tetapi juga
membina budaya yang subur dengan nilai integriti, rasa ingin tahu dan kecintaan kepada
pembelajaran sepanjang hayat. Justeru, saya amat menghargai komitmen seluruh warga
fakulti yang terus menggerakkan pelbagai program, baik dalam pengajaran, penyelidikan
mahupun khidmat masyarakat yang memberi impak kepada universiti dan negara.
Buletin ini menjadi saksi bahawa kita sentiasa bergerak ke hadapan dengan semangat
kerjasama dan kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan. Saya percaya, apabila setiap
daripada kita memainkan peranan dengan sepenuh hati, maka kejayaan kolektif fakulti akan
terus terpancar, sekaligus mengukuhkan kedudukan kita sebagai rujukan dalam bidang
masing-masing. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang
telah berganding bahu menyumbang tenaga bagi menjayakan buletin ini. Terima kasih.
Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn
Dekan
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
TIMBALAN DEKAN
(IJAZAH DASAR DAN HAL EHWAL PELAJAR)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Buletin Pengajian Melayu (Julai-
Ogos 2025) ini dapat diterbitkan sebagai wadah perkongsian maklumat, ilmu, dan inspirasi.
Penerbitan ini diusahakan bagi mengangkat suara serta kegiatan warga kita, di samping
mendokumentasikan pelbagai pencapaian, aktiviti, dan usaha yang dilaksanakan sepanjang
tempoh tertentu.
Buletin ini diharapkan dapat menjadi rujukan berguna serta medium komunikasi yang berkesan
antara pihak pengurusan, staf, dan pelajar. Melalui naskhah ini, kita bukan sahaja dapat
menelusuri perjalanan aktiviti yang telah berlangsung, tetapi juga memperkukuh semangat
kebersamaan dalam mendukung visi dan misi Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
penerbitan ini, khususnya barisan penyelaras, penulis, serta penyumbang idea dan artikel.
Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua warga dan menjadi pemangkin kepada
penghasilan lebih banyak karya bermanfaat pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih
Profesor Madya Dr. Tengku Intan Marlina Tengku
Mohd Ali
Timbalan Dekan
Ijazah Dasar dan Hal Ehwal Pelajar
Akademi Pengajian Melayu 3
Universiti Malaya

