Page 8 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2025
P. 8
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
KUNJUNGAN HORMAT HIS EXCELLENCY DR. KAROMIDDIN
GADOEV, DUTA REPUBLIK UZBEKISTAN KE AKADEMI
PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA
14 Julai 2025 - Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya menerima
kunjungan hormat daripada His Excellency Dr. Karomiddin Gadoev, Duta
Besar Republik Uzbekistan ke Malaysia. Semasa kunjungan ini berlangsung,
perbincangan secara dua hala antara kedua-dua belah pihak dijalankan bagi
meneroka pelbagai bentuk kerjasama strategik. Peluang kerjasama strategik
dalam bidang akademik, penyelidikan dan pertukaran budaya antara kedua-
dua institusi turut dibincangkan semasa kunjungan tersebut. Kerjasama yang
dirancangkan ini mampu memberi impak positif serta memperluaskan jaringan
kerjasama antarabangsa Akademi Pengajian Melayu dengan negara luar pada
masa akan datang.
8

