Page 51 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2025
P. 51

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU



                                   PROGRAM DISKUSI ILMIAH
                          “SEBUAH DIALOG NEGARA BANGSA”

                  ANJURAN KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA


              Pada 26 Ogos 2025, Program Diskusi Ilmiah: Sebuah Dialog
              Negara Bangsa – Dilema & Penyelesaian berlangsung di

              Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, menghimpunkan
              tokoh pemikir negara membincangkan cabaran dan penyelesaian
              pembinaan negara bangsa dalam konteks masyarakat majmuk
              Malaysia. Bicara Utama disampaikan oleh Prof Ulung Datuk Dr.
              Shamsul Amri Baharuddin, manakala perasmian oleh YBhg Dato’
              Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan
              Negara. Sesi panel menampilkan Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd
              Awal, Prof. Datuk Dr. Sivamurugan Pandian, Prof. Madya Dr.
              Bilcher Bala dan Datuk Prof. Kol. (K) Dr. Awang Azman Awang
              Pawi. Program ini membuka wacana kritikal memperkukuh
              perpaduan nasional melalui gagasan Malaysia Madani: Rakyat

              Disantuni.





































































                                                                                                  51
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56