Page 53 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2025
P. 53
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PENSYARAH APM SEBAGAI PENTERJEMAH RASMI DALAM
PERTEMUAN PEMIMPIN DARI MALAYSIA DAN
REPUBLIK ISLAM IRAN
27 Julai 2025, Usai perasmian The Second International Summit of Religious
Leaders 2025, satu pertemuan istimewa telah berlangsung antara wakil Malaysia
dan Ayatollah Alireza Arafi, Director of Iran’s Seminaries. Pertemuan ini
membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama ilmiah, memperluas jaringan
pendidikan Islam, serta mempererat ukhuwah antara Malaysia dan Republik
Islam Iran. Turut mencatat sejarah, Dr. Mehdi Soltanzadeh, pensyarah Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya, telah diberi kepercayaan sebagai
penterjemah rasmi dalam sesi ini. Peranan beliau amat signifikan dalam
memastikan kelancaran komunikasi, sekaligus memperkukuh peranan APM di
persada antarabangsa.
53

