Page 33 - Bulletin_APM_Mei_Jun2025
P. 33
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PENYELIDIKAN FILOGENETIK BAHASA
DI SARAWAK
2–6 Mei 2025 - Program Penyelidikan Filogenetik Bahasa 2025 telah
berjaya dilaksanakan di Sarawak, melibatkan seramai 25 orang pelajar
tahun akhir Program Linguistik Melayu serta 2 orang staf Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Program ini diketuai oleh
pensyarah kursus, Dr. Noor Hasnoor Mohamad Nor. Ia merupakan
komponen penting dalam kursus JID3018 Filogenetik Bahasa, program
ini memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan kajian lapangan
secara langsung berkaitan aspek linguistik dan warisan bahasa Melayu
dalam konteks komuniti setempat.
33

