Page 37 - Bulletin_APM_Mei_Jun2025
P. 37

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU


                       PROGRAM BUAL BICARA KAJIAN

            BUDAYA POPULAR OLEH PENSYARAH DARI

                          UNIVERSITI LEIDEN, BELANDA




        17 Jun 2025 - Program Bual Bicara Kajian Budaya Popular yang telah
        diadakan di Bilik Seminar Teratai, Akademi Pengajian Melayu adalah sebuah
        inisiatif anjuran pelajar elektif JIF3011: Seni dan Budaya Popular, bawah
        Program Sarjana Muda. Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu,
        Universiti Malaya. Program ini bertujuan memperkukuh pemahaman
        mahasiswa terhadap konsep budaya popular, khususnya dalam konteks
        masyarakat Melayu dan Alam Melayu. Sebagai usaha memperluas wacana
        akademik, program ini menampilkan penceramah jemputan antarabangsa,

        Dr. Suryadi dari Universiti Leiden, seorang sarjana tersohor dalam kajian
        kesusasteraan, budaya dan media Asia Tenggara.












































































                                                                                                  37
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42