Page 75 - Bulletin_APM_Nov_Dis2024
P. 75

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU



                      WARISAN ILMU BEDIL




          SERDANG, 6 November- Universiti Putra Malaysia (UPM)
          melalui Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan
          Komunikasi (FBMK) dengan kerjasama Akademik Pengajian

          Melayu, Universiti Malaya (UM), dan Muzium Angkatan Tentera
          Darat telah menganjurkan Seminar Ilmu Bedil dan Senjata Api

          Melayu.         Seminar yang bertemakan “Pelestarian Warisan
          Melayu Pemangkin Pengukuh Jati Diri” bagi memupuk kesan
          penghayatan terhadap sains persenjataan Melayu dalam

          kalangan masyarakat, sekaligus menyemarakkan semangat
          cinta terhadap khazanah warisan melayu agar terus terserlah.

          Dekan, FBMK, Prof. Madya. Dr. Hazlina Abdul Halim berkata
          melalui       seminar        ini    memperlihatkan             wujudnya         sinergi,
          menjadikan UPM sebagai markas ilmu dalam menyuburkan

          kecendekiawan masyarakat Melayu dalam ilmu termasuk ilmu
          senjata.



































































                                                                                                  75
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80