Page 76 - Bulletin_APM_Nov_Dis2024
P. 76

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU



                      WARISAN ILMU BEDIL




        Hari pertama Seminar Ilmu Bedil dan Senjata Api Melayu telah
        berlangsung pada 6 November 2024 lalu, dan sebanyak 6 kertas kerja
        telah dibentangkan oleh para pembentang yang mempunyai latar belakang

        berbeza, berkongsi kepakaran dan ilmu masing-masing dalam aspek ilmu
        bedil dan senjata api Melayu, termasuk evolusi senjata api, perisikan, serta
        persenjataan dalam sejarah orang Melayu. Pembentang jemputan seminar
        hari pertama adalah Dato' Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad (Felo
        Perunding FBMK), Dr. Mohd Hasanuddin Mohd Yusof, Brig. Jen. Dato' Dr.
        Mohd Radzi Abdul Hamid (ATM), Mejar Johizan Halid (Muzium Tentera
        Darat), Ts. Muhammad Syafiq Mohd Zamshari (STRIDE) dan Dr.
        Azharuddin Mohamed Dali (UM).Seminar yang disertai selain daripada
        warga UPM (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM, Kor-

        Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) UPM, Pusat Polis Bantuan &
        Keselamatan Universiti (APSeC), UPM) adalah peserta daripada Lembaga
        Muzium Negeri Terengganu, Jabatan Muzium Negeri Sabah, Majlis
        Bandaraya Petaling Jaya, agensi-agensi luar dan peserta persendirian.
        Menyerikan lagi seminar kita adalah kehadiran peserta paling cilik, Syed
        Abu Bakar Syed Ahmad Thani.


        Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
        Hari Pertama Pembentangan Seminar Ilmu Bedil dan Senjata Api Melayu
        ini.
























































                                                                                                  76
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81