Page 151 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 151
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
UCAPAN DEKAN SEMASA PROGRAM
LARIAN SARONG 2025
Ucapan perasmian oleh Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn, Dekan
Akademi Pengajian Melayu, semasa Program Larian Sarong 2025 telah
menyuntik semangat dan inspirasi kepada para peserta untuk terus
menghargai serta memartabatkan warisan budaya Melayu dalam
kehidupan seharian. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa
program seperti Larian Sarong bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi juga
medium penting dalam mengangkat identiti budaya, memperkukuh jati
diri mahasiswa dan mengukuhkan ikatan komuniti di Universiti Malaya.

