Page 152 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 152
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
LARIAN SARONG 2025 –
“LARI DENGAN GAYA,
ANGKAT BUDAYA”
Tema tahun ini, “Lari dengan Gaya, Angkat Budaya”, berjaya
dizahirkan melalui penyertaan aktif pelajar, kreativiti busana
dan komitmen tinggi semua sukarelawan serta jawatankuasa
pelaksana. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua
penganjur, peserta dan sukarelawan yang telah menjayakan
penganjuran Larian Sarong 2025, sekali gus memperkukuh
nilai kebersamaan dan memartabatkan warisan budaya Melayu
dalam komuniti universiti.

